wrapper

Berita Terkini

الجمعة 22 ذو الحجّة 1440   |   Friday 23 August 2019
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Saturday, 12 December 2015 08:00

Kuasai Media Sosial, Perkasakan Dakwah

Rate this item
(0 votes)

Kuasai Media Sosial Perkasakan Dakwah

Sabtu, 12 Disember 2015 - Seramai enam orang delegasi IKRAM Daerah Batu telah menghadiri Seminar Media Sosial yang bertempat di Pejabat IKRAM Putrajaya. Mereka ialah Akmal Fadhil bin Ahmad Fuad yang mewakili aktiviti belia dan urusetia, Abdul Salihin dan Wan Muhammad Hidayatullah yang mewakili aktiviti remaja, Nik Aishah Nik Hitam dan Dr. Musyirah Hanan Zulkarnain yang mewakili aktiviti wanita dan Syafiq Khairuddin yang mewakili aktiviti mahasiswa.

Wakil-wakil media dari empat kawasan lain IKRAM Wilayah Persekutuan juga turut hadir dalam seminar ini yang disampaikan dengan jayanya oleh Dr. Nur Aisyah Zainordin yang lebih popular dengan nama penanya Muharikah. Dr. Nur Aisyah Zainordin merupakan kolumnis ‘Majalah JOM’. Beliau juga merupakan penulis dua buah buku bertajuk ‘Lagenda Budak Usrah’ dan ‘Muharikah The Comics’, selain juga merupakan pemilik akaun facebook ‘Muharikah’ yang memperolehi lebih daripada 150 000 likes buat masa ini.

Seminar ini diisi dengan pengisian tentang cara menggunakan media sosial bagi memperkasakan dakwah IKRAM. Selain itu, semua delegasi berpeluang mengadakan perbincangan tentang tugas-tugas dan sasaran 'team' IKRAMedia Wilayah Persekutuan bagi memperkasakan lagi Media IKRAM di kawasan masing-masing.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. yang melancarkan perjalanan program dan kerana program ini telah berjaya membuka gerak kerja baru 'team' IKRAMedia Wilayah Persekutuan, insyaAllah.

Read 963 times Last modified on Saturday, 28 May 2016 15:37

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

DMC Firewall is a Joomla Security extension!