wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 20 رجب 1440   |   Wednesday 27 March 2019
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Saturday, 13 June 2015 08:00

Semarak Ramadhan Kumpulkan Pelbagai Usia

Rate this item
(0 votes)

semarak ramadhan 2015 1

13 Jun 2015, Sabtu - Masjid Saidina Hamzah bersama-sama dengan Pertubuhan IKRAM Daerah Batu dan IKRAM Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program "Karnival Semarak Ramadhan 2015".

Bertempat di Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda, program ini berjaya menarik lebih daripada 150 orang yang menghadiri, terdiri daripada masyarakat setempat.

Program bermula dari pukul lapan pagi dengan kata-kata aluan daripada YDP IKRAM Daerah Batu, Saudara Hasan Unir dan diikuti oleh ucapan daripada TYDP IKRAM Wilayah Persektuan, Tn. Hj. Mohd. Khairudin Abdul Halim. Kemudian, Karnival Semarak Ramadhan 2015 telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Shaari Mustafa, Pengerusi Masjid Saidina Hamzah.

Seramai 30 orang asnaf menerima sumbangan wang zakat yang disampaikan oleh TYDP IKRAM Wilayah Persekutuan.

Program diserikan lagi dengan pertandingan mewarna yang disertai oleh 56 orang kanak-kanak bawah 10 tahun.

Manakala, ceramah "Ramadhan Discovery"- Sembang Ramadhan Bersama Da'i Milenia TV3, Saudara Azam al-Kankari mengumpul seramai 56 orang remaja berusia 11-16 tahun.

Di samping itu, lebih daripada 50 orang kaum ibu dan dewasa dihidangkan dengan ceramah bertajuk "Ramadhan di Rumahku" yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani.

Program karnival ini juga menyediakan gerai-gerai pameran seperti gerai Pameran Peduli Ummah, gerai MyCARE dan gerai Kempen "Mothers Against Pornography" serta gerai jualan buku-buku.

Peserta juga tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan mata, gigi, BMI, kadar gula dalam darah dan tekanan darah yang turut disediakan.
Program berakhir pada pukul satu tengahari selepas penyampaian hadiah dan cenderamata.

Semoga program sebegini mampu menyempurnakan amalan kita menuju Ramadhan yang mulia dan memberi semangat kepada kita untuk meraih ketaqwaan pada bulan Ramadhan nanti.

 

Read 1676 times Last modified on Saturday, 20 June 2015 11:19

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd