wrapper

Berita Terkini

الخميس 17 شوّال 1440   |   Thursday 20 June 2019
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Saturday, 16 May 2015 08:00

Hari Khidmat Kesihatan 2015 Catat Peserta Teramai

Rate this item
(0 votes)

hari kesihatan 4

Sabtu, 16 Mei 2015 - Hari ini, buat pertama kali dalam sejarah hasil usaha dan kerjasama yang baik antara Kawasan Rukun Tetangga Taman Sentul Utama (KRT TSU) dan IKRAM Daerah Batu, program Hari Khidmat Kesihatan 2015 (HKK2015) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di Dewan KRT TSU dan perkarangannya.

 

Program bersejarah ini dirasmikan oleh Puan Merlina binti Termudi, Pegawai Perpaduan Daerah Sentul. Turut berucap dalam majlis perasmian ini Tn Hj Hassan Unir, YDP IKRAM Daerah Batu dan En Roslee Ali, Pengerusi KRT TSU.

Pelbagai acara menarik dalam program ini telah berjaya menarik ramai pengunjung di kalangan penduduk tempatan dan juga masyarakat sekitar. Antara program yang mendapat sambutan ramai ialah Pemeriksaan Kesihatan Percuma yang mencatat bilangan 160 orang. Begitu juga pertandingan mewarna yang disertai oleh 135 orang peserta. Selain dari itu, acara-acara lain yang diadakan ialah explorace untuk remaja, pameran kesihatan dan Palestin, teka batu intifadah, cabutan bertuah dan gerai jualan.

Sempena HKK2015 ini juga, satu forum kesihatan "Rumahtangga Sihat dan Bahagia" telah diadakan yang menampilkan dua orang pakar perubatan iaitu Prof Dr Oteh Maskon, Pakar Jantung PPUKM dan Dr Ariza Mohamed, Pakar Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Puteri.

Dalam ucapan penutupnya, Hj Hassan Unir, YDP IKRAM Daerah Batu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada program ini dan kerjasama antara IKRAM Daerah Batu dan KRT TSU dapat diteruskan dalam program-program lain selepas ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penaja yang membantu menjayakan program ini.

 

  Facebook IKRAM Batu

Read 1437 times Last modified on Sunday, 17 May 2015 23:38

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

DMC Firewall is a Joomla Security extension!