wrapper

Berita Terkini

السبت 11 المحرّم 1440   |   Saturday September 22 2018
Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) Terengganu 2016
  Pada 8 April 2016 yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) Terengganu untuk sesi 2016-2018. Mesyuarat ini diadakan di Hotel UiTM Dungun Terengganu dan melibatkan semua perwakilan
Mesyuarat Agong Daerah Kuala Terengganu 2016
Pada 11 Mac 2016 (Jumaat) yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Daerah Kuala Terengganu Sesi 2015-2016, bertempat di Pejabat IKRAM Terengganu, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Bendahari IKRAM
Seminar Modul Kewangan Keluarga
Hari ini 16 Januari 2016 Sabtu bertempat di Pejabat IKRAM Terengganu, berlangsungnya seminar interaktif Modul Pengurusan Kewangan Keluarga anjuran Jawatankuasa Pemantapan Keluarga Ahli (PeKA) IKRAM Negeri Terengganu.
Konsert MyCare Unisza Plastine
30 Mei 2015, telah berlangsunng Konsert Mycare Palestine anjuran MyCare Terenggaanu bersama Universiti Sultan Zainal Abidin di Stadium Tertutup Gong Badak.

Sekolah Sumbang RM70,000 untuk Murid Palestin

JOHOR BAHRU – Lebih RM70,000 telah berjaya dikumpulkan di sekolah-sekolah seluruh negeri Johor untuk disalurkan kepada kanak-kanak dan sekolah di Palestin. Jumlah itu merupakan hasil Kempen “Bag to School” yang dilancarkan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Negeri Johor sejak Ogos lalu.

Menurut pengerusinya, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, kempen tersebut telah dijalankan di 27 buah sekolah di negeri ini dengan mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Beliau berkata demikian dalam Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Sumbangan Kemanusiaan di sebuah hotel di sini. Dalam majlis tersebut, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ, Hj. Yasman Jamsir telah menyempurnakan penyampaian sumbangan sebanyak RM 72,352.80 kepada MyCare. Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, PPD Kulai, dan sekolah-sekolah terpilih serta para aktivis MyCare dan wakil pelajar Palestin di Malaysia.

“Sebahagian hasil sumbangan tersebut kita telah sampaikan kepada wakil kami di Gaza untuk diserahkan kepada anak-anak yatim dan miskin yang sangat ramai di sana,” kata Dr. Mohd. Zin.

“Kita sasarkan untuk mendapatkan sumbangan yang lebih tinggi pada tahun ini dengan pertambahan sekolah-sekolah yang berminat untuk berkerjasama dengan kita,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Hj Yasman dalam ucapannya pula menzahirkan sokongan penuh pihak JPNJ kepada program-program anjuran MyCare di sekolah-sekolah di negeri ini.

“Pada saya, program-program seperti ini sangat sesuai untuk murid-murid kita. Kita perlu tanamkan semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan dalam diri mereka sepertimana terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan,” tegasnya.

Turut berlangsung penyampaian sijil penghargaan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut. Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) terpilih sebagai sekolah yang berjaya mengumpul jumlah sumbangan tertinggi manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya pula terpilih sebagai sekolah yang paling aktif dalam memberi sumbangan kepada program-program MyCare. – IKRAMedia Johor

Read more

Ceramah Untukmu Palestin Sempena Karnival JOM HEBOH Peringkat Sekolah

Oct30 ceramah mycare2


KOTA TINGGI, 30 Oktober 2015: Satu ceramah Untukmu Palestin telah berlangsung bersempena dengan Karnival JOM HEBOH Peringkat Sekolah sekaligus mempromosikan Kempen Kesedaran & Kesukarelawanan MyCARE Johor yg telah diadakan sekitar 8.30 malam - 10.30 malam di Sekolah Rendah Felda Pengeli, Bandar Tenggara, Kota Tinggi Johor.

Ceramah yang disampaikan oleh Md Nor Azan B. Hj Said @ Abd Kadir, Aktivis MyCARE @ Sukarelawan ke Gaza (Misi A2G12 Emergency Relief) yang juga Pengerusi Belia IKRAM Pasir Gudang, berkisarkan kepada perkongsian tayangan multimedia Mensyukuri Nikmat Allah Beri, Memelihara Hubungan Baik Sesama Manusia.

Perkongsian khas kisah anak-anak di Palestin, juga sedikit situasi di Syria yang diuji ketika ini & peranan kita sebagai umat Islam di Malaysia. 

Terima Kasih diucapkan kepada pihak sekolah, Guru Besar, AJK PIBG, semua warga sekolah serta penduduk sekitar Bandar Tenggara kerana sudi memberikan slot khas sempena Karnival JOM HEBOH @ Kempen Kesedaran untuk sama-sama terlibat sebagai Sukarelawan demi membantu saudara kita di Palestin khususnya serta seluruh dunia bersama membantu Kempen Back To School.

 





Read more

Sambutan Hangat Perkhabaran Dari Gaza Bukti Warga Betong Prihatin

Antara_pelajar_dan_guru_yang_hadir_copy.jpg

Pada 15 dan 16 Ogos yang lepas, MyCARE Sibu telah berkunjung ke Betong bagi melaksanakan dua program perkongsian mengenai Palestin bertajuk Perkhabaran Dari Palestin. Perkongsian pertama dilakukan selepas Solat Maghrib bertempat di Masjid Jamek Betong manakala perkongsian kedua pula selepas Solat Subuh bertempat di Surau Kolej Vokasional Betong.

Saudara Fadly Bin Hasbi, salah seorang anak kelahiran Sarawak yang terpilih sebagai salah seorang peserta Misi A2G12-ER ke Gaza pada 2013 dijemput khas untuk menjayakan perkongsian ini. Pendekatan beliau yang santai namun berfokus telah berjaya menarik perhatian pendengar pelbagai lapisan usia. Kempen-kempen berkaitan Palestin seperti Back to School dan Tajaan Anak Yatim Palestin (AYP) turut menjadi antara kandungan perkongsian. Read more

Pelancaran Bazar Aidilfitri dan Tabung Kemanusiaan MyCare

11014809_895781830480973_3490220139498805381_n_copy_copy_copy.jpg

KUCHING, 12 JULAI - Majlis Pelancaran Bazar Aidilfitri dan Tabung Kemanusiaan MyCARE telah diadakan di Bazar Satok, Kuching pada 12 Julai yang lalu dan disempurnakan oleh YB Datuk Hj Mohd Naroden Hj Majais selaku Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan Sumber. Turut menyaksikan adalah Us. Dr. Hj Azhar b Hj Ahmad, YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak.

Majlis yang dianjurkan oleh Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak (KUSB) dengan kerjasama Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA), Pertubuhan IKRAM Negeri Sarawak(IKRAM), Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Read more

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Terengganu

Pertubuhan IKRAM MAlaysia(IKRAM) Daerah Kuala Terengganu

445l, Jalan Kamaruddin,
20200, Kuala Terengganu,
TERENGGANU DARUL-IMAN.

Email : [email protected]

Telefon : +6019 913 2463

Our website is protected by DMC Firewall!