wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017
Ijtima Ramadhan IKRAM Selangor (IRIS) 1436 melabuh tirai
  Tempat: Maslid Uniten, Bangi, Tarikh: 24 dan 25 Ramadhan 1436 bersamaan 11 dan 12 Julai Tema: "Menjana Taqwa Menuju Negara Rahmah" Seramai lebihkurang 2500 orang peserta telah hadir dan
Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Selangor
5 Julai 2015 Shah Alam Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC).   Seramai lebihkurang 400 peserta telah hadir dengan dengan 157 saudara baru serta keluarga. Kira-kira 20 non muslim telah turut
Program MABIT Kakitangan Hira'
    Program Mabit Kakitangan Hira telah diadakan pada 14 Mei 2015 (Khamis) di Sek Ren Islam Hira. Kandungan program termasuk Ceramah bertajuk Mencintai Allah yang disampaikan oleh Ustaz
Latihan Keselamatan dan Pengurusan Bot
  Kursus Latihan Keselamatan dan Pengendalian Bot iBantu IKRAM Selangor Bersama Alucast (Persatuan Memancing Malaysia) Tempat: Tasik Biru Kundang, Rawang Tarikh: 24 Mei 2015 (Ahad) Waktu: 8:30 pagi - 1:30
Wednesday, 08 July 2015 00:00

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Selangor

Rate this item
(0 votes)

MPIHCSel15 Julai 2015 Shah Alam

Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC).

 

Seramai lebihkurang 400 peserta telah hadir dengan dengan 157 saudara baru serta keluarga. Kira-kira 20 non muslim telah turut sertai mahlis uftar.

Tuan Haji Mohd Basori Umar Ketua penolong pengarah dakwah Jabatan Agama Islam Selangor, Y.B Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam, YDP IKRAM Selangor Ust Shamsul Ma'arif Hj Ismail, Tuan Haji Wan Ahmad Nizar Zakaria Pengerusi Hidayah Centre Selangor, Prof Madya Dr Roohaida Othman Ketua Wanita IKRAM Selangor adalah antara tetamu VVIP yang hadir.

Program dimulai dengan forum bertajuk Journey to Jannah yang menampilkan Dr Haji Fuad Yeoh Abdullah, Sathira Morgan dan Rafiedah Veronica. Ahli panel berkongsi pengalaman dan cabaran menjadi seorang saudara baru. Forum telah dikendalikan oleh Akh Fakharudin Abd Kudos.
Pengarah MIPHC Selangor Saudara Morhalim Osman telah dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada panelis.

Majlis diserikan lagi dengan bacaan suci ayat Alquran bersama terjemahan 4 bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil

Tetamu disajikan dengan persembahan kumpulan Saff-One dengan lagu Ramadan yang menghiburkan hadirin yang sedang menikmati hidangan. Saff-One menyumbang 3 buah lagu.

Ucapan aluan oleh Pengerusi Hidayah Centre Selangor mengingatkan untuk kita turut sama-sama membantu dan sokongan kepada saudara baru dalam jua bentuk bantuan.

Pengerusi HC Selangor turut menasihati para saudara baru untuk terus belajar dan belajar. Kerna darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu adalah berbeza. Beliau juga mengucapkan Jazakallah bil ah sanil jaza kepada pihak SACC yang berusaha membantu saudara baru melalui Nikmat Ramadan. Sejumlah Rm 1 dari setiap p'mbelian buffet di SACC akan disalurkan kepada Hidayah Centre.

Seterusnya perasmian oleh Ust Shamsul Ma'rif yg meminta HCF dan NGO lain serta kerajaan khususnya untuk sama2 menyokong dalam bentuk gerak kerja dakwah dan dana yg banyak agar dapat memberikan impak dalam pergerakan dakwah kepada bukan Islam iaitu dengan mencerminkan imej yg baik kepada bukan islam mengikut Al Quran dan As Sunnah.

Majlis dimeriahkan lagi dengan acara Rezki Draw untuk saudara baru, yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Basori dan Ust Shamsul Ma'rif dengan memperuntukkan sebanyak 5 buah Pen Al Quran digital yang bernilai RM 250.

Majlis diakhiri dengan penyampaian saguhati kpd perasmi dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menjadi penyumbang utama MIPHC Selangor kali ini dengan berjumlah RM 10,000. Untuk makluman MAIS merupakan penyumbang utama bagi setiap tahun. Semoga Allah mengganjari segala usaha MAIS dengan sebaik2 ganjaran.

Jumlah sumbangan dan jualan meja setakat semalam mencecah lebih RM79,000. Lebih RM7,500 juga telah disumbangkan kpd saudara baru dan non-muslim yang diraikan.

Read 1233 times Last modified on Wednesday, 08 July 2015 08:36

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Selangor

Pertubuhan IKRAM Malaysia Selangor

Pejabat IKRAM Selangor (PISel)
No 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Email: selangor@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!