wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 19 شعبان 1440   |   Wednesday 24 April 2019
Ijtima Ramadhan IKRAM Selangor (IRIS) 1436 melabuh tirai
  Tempat: Maslid Uniten, Bangi, Tarikh: 24 dan 25 Ramadhan 1436 bersamaan 11 dan 12 Julai Tema: "Menjana Taqwa Menuju Negara Rahmah" Seramai lebihkurang 2500 orang peserta telah hadir dan
Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Selangor
5 Julai 2015 Shah Alam Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC).   Seramai lebihkurang 400 peserta telah hadir dengan dengan 157 saudara baru serta keluarga. Kira-kira 20 non muslim telah turut
Program MABIT Kakitangan Hira'
    Program Mabit Kakitangan Hira telah diadakan pada 14 Mei 2015 (Khamis) di Sek Ren Islam Hira. Kandungan program termasuk Ceramah bertajuk Mencintai Allah yang disampaikan oleh Ustaz
  Kursus Latihan Keselamatan dan Pengendalian Bot iBantu IKRAM Selangor Bersama Alucast (Persatuan Memancing Malaysia) Tempat: Tasik Biru Kundang, Rawang Tarikh: 24 Mei 2015 (Ahad) Waktu: 8:30 pagi - 1:30
Tuesday, 31 March 2015 08:00

Seminar Kesejahteraan Kanak-kanak

Rate this item
(0 votes)

Kesejahteraan Kanak kanak

Shah Alam, Ahad 8 Mac.

Wanita Ikram Selangor dengan kerjasama Association of Women's Research, Development and Advancement (WIRDA) dan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) telah menganjurkan Seminar Keluarga Dalam Pelaksanaan Syariah bertajuk Kesejahteraan Kanak-Kanak Hari Ini : Terbela atau Terabai. Seminar ini dianjurkan dengan objektif untuk menyampaikan maklumat yang betul mengenai kesejahteraan kanak- kanak yang menjadi tanggung jawab semua pihak.

Seminar telah dimulakan dengan perasmian oleh Yang Dipertua Ikram Negeri Selangor, Ustaz Shamsul Maarif bin Ismail.
Penyampaian ucaptama yang sangat bertenaga bertajuk Kesejahteraan Fitrah Kanak-Kanak Asas Kecemerlangan Generasi telah di sampaikan oleh Puan Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An Nur,Bangi.

Seterusnya, forum yang mengupas tajuk seminar ini, mengetengahkan dua orang panelis iaitu Dr Alizi Alias, penolong profesor di Jabatan Psikologi Universiti Islam Malaysia dan Profesor Dr Putri Zabariah Megat Abdul Rahman, dekan Fakulti Pengajian Awal Kanak-Kanak, UNITAR International University. Moderator bagi forum tersebut ialah Puan Noor Hayati Abdul Hamid, pengasas dan perunding utama Nature Learning Incorporation Sdn Bhd.

Seminar yang diadakan di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari itu, secara keseluruhannya telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran peserta seramai lebih kurang 300 orang.

 

Read 1441 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 12:49

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Selangor

Pertubuhan IKRAM Malaysia Selangor

Pejabat IKRAM Selangor (PISel)
No 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Email: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd