- Wednesday, 05 August 2015
Peranan Warganegara ; Jadilah Warganegara Yang Mempunyai Peranan
Sebagai warganegara, selain daripada kita perlu menuntut hak kita sebagai rakyat, kita harus menyedari akan peranan dan tanggungjawab kita terhadap negara.
Kita juga harus menerapkan rasa cinta akan tanah air dan bersedia untuk mempertahankannya sekiranya maruah dan keamanannya dirobek. Perasaan cinta kepada tanah air telah diperlihatkan dengan jelas oleh suri teladan sepanjang zaman, Nabi Muhammad saw, melalui peristiwa penghijrahan baginda ke Kota Madinah. Ketika hendak meninggalkan Kota Mekah, baginda memandang ke arah kota itu dan menyatakan betapa baginda sangat mencintainya.
Ternukil kata-kata baginda, melalui sabdanya;
Read more...- Thursday, 16 July 2015
Aidilfitri Sambutan Untuk Meraikan Kembalinya Kita Pada Fitrah
Aidilfitri sudah menjelang tiba. Pastinya ramai yang bergembira dan berseronok di samping keluarga tercinta.
Makna Aidilfitri
Perkataan ‘Aid’ pada awal kata Aidulfitri adalah bermaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ pula pulang kepada makna Fitrah.
Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini? Read more...
- Monday, 20 July 2015
Gajet dan Hari Raya Aidilfitri - Antara Merapatkan Atau Sebaliknya
Kemunculan gajet seperti telefon pintar dan tablet merupakan antara faktor yang mendorong kepada ledakan maklumat dan terjahan gelombang media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram pada masa kini. Segalanya menjadi mudah alih dan mudah diakses di mana-mana sahaja.
Pada asalnya semua media sosial ini wujud untuk mendekatkan yang jauh dan menjadi platform komunikasi. Akan tetapi, kewujudan media sosial ini juga menyebabkan anak muda terutamanya atau juga dikenali dengan generasi Y tenggelam dalam dunianya sendiri sehingga tidak mengendahkan orang di sekelilingnya.
Fenomena ini turut membayangi sambutan Aidilfitri di mana kebanyakan anak-anak daripada Read more...
IKRAM Sarawak
INFO - Sejarah | Hubungi Kami
ORGANISASI - IKRAM Sarawak | Wanita | Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri
CAWANGAN - Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri