- Sunday, 28 February 2016
Gotong Royong Jalan Pujut 7B Mendapat Sambutan Pelbagai Pihak
MIRI - Warga Sekolah Rendah al-Amin Miri bersama penduduk Pujut 7B menjalankan gotong-royong pembasmian nyamuk sepanjang Jalan Pujut 7B pada 20 Februari yang lepas.
Program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya denggi dan virus Zika terutamanya kepada penduduk sekitar.
Fokus utama gotong-royong adalah untuk menghapuskan punca takungan air yang merupakan punca pembiakan nyamuk. Turut bersama terlibat dalam gotong-royong ini, Bomba Penguasa Zon 6, Miri City Council, IKRAM Health, i-Bantu, IKRAM Belia dan IKRAM Siswa.
Selain gotong-royong, terdapat juga aktiviti lain seperti aktiviti kanak-kanak dan sesi saringan kesihatan.
Turut diadakan, ceramah kesihatan berkaitan nyamuk Aedes, denggi dan virus Zika juga turut diadakan oleh wakil IKRAM Health Miri.
Read more...- Wednesday, 24 February 2016
CNYOH IKRAM Sarawak Terima Sambutan Hangat
SIBU - Sambutan 'Chinese New Year Open House' (CNYOH) IKRAM Sarawak diadakan pada 20 Februari 2016 yang lepas bertempat di RH Hotel, Sibu. CNYOH IKRAM Sarawak kali ini merupakan kali kedua diadakan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak setelah julung-julung kali diadakan pada tahun 2014 yang lepas.
Seramai 120 orang hadirin yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama untuk sama-sama meraikan CNYOH IKRAM Sarawak 2016 ini.
Antaranya daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) daerah Sibu, Association of Churches in Sarawak, Sri Maha Mariammam Temple, Sibu Sikh Committee, United Chinese Association, Sibu Martial Art dan Masjid Annur. Selain itu, CNYOH ini turut dihadiri oleh beberapa keluarga berbangsa Cina yang beragama Islam dan bukan Islam serta beberapa orang pelajar UNIMAS.
Read more...- Wednesday, 30 December 2015
Wanita IKRAM Kuching Bersama Masyarakat
Masyarakat merupakan komponen penting dalam pembentukan sebuah negara. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah sesebuah negara itu. Oleh itu, pentingnya sesebuah masyarakat dididik dengan nilai-nilai yang murni, asas agama yang kukuh serta pengetahuan yang luas.
Atas kesedaran ini Wanita IKRAM Kuching dengan kerjasama Ranting PBB Kampung Pulo Hilir dan Jawatankuasa Surau Nurul Hilal mengadakan program Wanita IKRAM bersama Masyarakat diadakan pada 20 Disember 2015 bertempat di Surau Nurul Hilal, Kampung Pulo Hilir.
Program ini disertai oleh 105 orang peserta yang terdiri daripada 53 orang peserta kanak-kanak berusia antara 7 hingga 13 tahun dan selebihnya peserta dewasa. Read more...
IKRAM Sarawak
INFO - Sejarah | Hubungi Kami
ORGANISASI - IKRAM Sarawak | Wanita | Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri
CAWANGAN - Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri