Print this page
Thursday, 03 November 2016 08:00

IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0

Rate this item
(0 votes)

Aktivis_IKRAM_dan_iMaret.jpegKembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita sekeluarga di Long Busang 2.0 merupakan program khidmat masyarakat anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia kawasan Sibu dan iMaret.

Seramai 15 orang aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia kawasan Sibu dan iMaret yang terlibat dalam program ini. Ia merupakan kesinambungan daripada program terdahulu yang diadakan pada 21 hingga 26 November 2015. Dengan bertemakan tarbiah menembusi tembok jarak dan agama, aktivis program ini menempuh perjalanan selama 10 jam iaitu enam jam dengan menggunakan bot ekspress dari Kapit dan empat jam menempuhi jalan darat dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi bertemu dengan masyarakat Kenyah di Long Busang.

Para_peserta_menaiki_bot_ekspress_selama_6_jam.jpeg

Menurut pengarah program, Zurina Ain, pelaksanaan program pada kali ini lebih kepada untuk bersilaturrahim sambil mendidik masyarakat minoriti Kenyah Muslim di sana. Selain itu, ia juga bertujuaan untuk memberi khidmat masyarakat kepada seluruh masyarakat Kenyah di sana tanpa mengira bangsa dan agama.

Antara aktiviti menarik yang diadakan seperti Sukaneka Silang Budaya 'Kembara Ilmu Bersama Aulad' yang menekankan pembelajaran tidak formal melalui aktiviti yang menarik berbentuk sukaneka. Di samping itu, pemeriksaan pergigian dan demonstrasi cara menggosok gigi dengan betul turut dilaksanakan di perkampungan-perkampungan di Long Busang. Program untuk wanita dan remaja juga turut diadakan.

Sukaneka.jpeg

Majlis penutupan diadakan pada hari terakhir program, dihadiri oleh aktivis IKRAM dan iMaret dan masyarakat kampung. Dalam majlis penutupan, Nasyitah Ting, Ketua Wanita IKRAM Sibu dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat dan berharap akan ada program susulan lain pada masa akan datang. Turut diadakan dalam majlis penutupan ialah penyerahan telekung kepada yang memerlukan.

Read 2076 times Last modified on Thursday, 03 November 2016 11:46
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd