wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 19 ذو الحجّة 1440   |   Tuesday 20 August 2019
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah
Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan
Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita
Wanita IKRAM Sibu anjur Mothers Against Pornography
SIBU – Wanita IKRAM kawasan Sibu mengadakan Mothers Against Pornography (MAP) pada 20 dan 22 Oktober yang lepas masing-masing bertempat di SK Nanga Bena dan SMK Semop. Mothers Against Pornography ini merupakan
Qurban Kasih Ummah IKRAM Sarawak
Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak mengadakan program korban di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Bintulu. IKRAM kawasan Kuching mengadakan Qurban Kasih Ummah
Sunday, 01 May 2016 08:00

Kenyataan Media : IKRAM Sarawak Kekal Sebagai NGO Dakwah, Tarbiah dan Kebajikan

Rate this item
(0 votes)

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak

1 Mei 2016 bersamaan 23 Rejab 1417H
IKRAM Sarawak Kekal Sebagai NGO Dakwah, Tarbiah dan Kebajikan

Bersempena dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang sedang berlangsung, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sarawak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat mengundi kepada semua rakyat Sarawak.

Merujuk kepada kenyataan media daripada IKRAM Malaysia, bertarikh 22 Julai 2015 dengan tajuk “IKRAM Kekal sebagai NGO Islam, Ahli Boleh Terlibat Dalam Parti Politik”, dengan jelas menggambarkan pendirian IKRAM sebagai sebuah NGO yang menghormati hak ahli-ahlinya untuk terlibat di dalam proses demokrasi. Ahli IKRAM boleh turut serta di dalam mana-mana parti politik pilihan mereka dengan syarat, jika mereka memegang jawatan eksekutif di dalam parti berkenaan, mereka perlu melepaskan jawatan dan tidak lagi bergerak aktif di dalam IKRAM.

Begitu juga, IKRAM Sarawak, akan terus membenarkan ahli-ahlinya untuk melaksanakan usaha dakwah dan kebajikan melalui parti politik, samada parti yang mendokong kerajaan atau sebaliknya. Sehingga kini, semua ahli-ahli yang bergiat aktif di dalam parti politik dengan memegang jawatan eksekutif atau bertanding sebagai calon, telah tidak lagi memainkan apa-apa peranan di dalam IKRAM Sarawak.

IKRAM Sarawak akan terus kekal sebagai NGO Dakwah, Tarbiah dan Kebajikan selari dengan tujuan penubuhan IKRAM. IKRAM Sarawak akan terus berkerjasama dan juga membuat teguran kepada semua pihak untuk sama-sama membawa perubahan positif kepada negeri ini dan rakyatnya, ke arah mencapai Malaysia menjadi Negara Rahmah dengan izin Allah s.w.t.

Haji Ibrahim Mohamad
Yang Di Pertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri 

SAM_3376.JPG

Read 1617 times Last modified on Sunday, 01 May 2016 22:32

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!