wrapper

Berita Terkini

الخميس 20 المحرّم 1441   |   Thursday 19 September 2019
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
Kelas Didik Rakyat Kampung Baru, Kota Samarahan
Kota Samarahan, 14 Sept- Kelas Didik Rakyat telah berlangsung lebih sebulan di Masjid Darul Naim, Kampung Baru, Kota Samarahan. Seramai 20 orang anak-anak dari Kampung Baru, daripada keluarga yang kurang berkemampuan
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah
Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan
Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita
Monday, 14 March 2016 08:00

Seminar Keibubapaan Tekankan Kepentingan Pendidikan Ibu Bapa

Rate this item
(0 votes)

Seminar_ini_dibimbing_oleh_Dr._Azlina_Roszy_bt_Mohd_Ghaffar_Pakar_Konsultan_Psikologi_Klinikal_Hospital_Pakar_An-Nur._.jpg

KUCHING - Pada 13 Mac yang lepas, Wanita IKRAM daerah Kuching mengadakan Seminar Keibubapaan bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Bertemakan 'Ibu Bapa Hebat', seminar ini menarik hampir 100 orang para peserta di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Seminar ini dibimbing oleh Dr. Azlina Roszy bt Mohd Ghaffar, Pakar Konsultan Psikologi Klinikal, Hospital Pakar An-Nur dan juga Pengasas dan Pengarah Eksekutif, Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah.

 

 

Dalam seminar itu, beliau menekankan betapa peranan ibu bapa sangat penting dalam mencorakkan peribadi, watak dan karakter anak-anak.

Menurut pengarah program pula, Kamisah binti Madhan, tajuk seminar ini sengaja dipilih untuk menarik perhatian pihak yang difokuskan iaitu ibu bapa. Ibu bapa merupakan teraju terpenting dalam pembentukan peribadi anak-anak. Merekalah yang membina watak anak-anak kerana pendidikan di rumah lebih banyak mempengaruhi tingkah laku anak-anak.

Tambahnya lagi, meningkatnya keruntuhan moral dan pelbagai gejala sosial merupakan indikator kepada keruntuhan institusi keluarga. Maka pendidikan keibubapaan amat penting untuk dititikberatkan pada masa kini.

Beliau berharap agar segala ilmu yang disampaikan dalam seminar ini boleh dijadikan panduan dan seterusnya dikongsi bersama mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir.

Read 3201 times Last modified on Tuesday, 22 March 2016 21:37

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!