wrapper

Berita Terkini

الخميس 16 ذو القعدة 1440   |   Thursday 18 July 2019
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah
Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan
Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita
Wanita IKRAM Sibu anjur Mothers Against Pornography
SIBU – Wanita IKRAM kawasan Sibu mengadakan Mothers Against Pornography (MAP) pada 20 dan 22 Oktober yang lepas masing-masing bertempat di SK Nanga Bena dan SMK Semop. Mothers Against Pornography ini merupakan
Qurban Kasih Ummah IKRAM Sarawak
Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak mengadakan program korban di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Bintulu. IKRAM kawasan Kuching mengadakan Qurban Kasih Ummah
Wednesday, 06 January 2016 08:00

SRI al-Amin Miri Mula Beroperasi 2016

Rate this item
(0 votes)

Di_SRIAAM_para_murid_dididik_dengan_adab_dan_akhlak_untuk_mereka_menjalani_kehidupan_sehari-harian.jpg

Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Amin Miri memulakan sesi persekolahannya buat julung kalinya pada 4 Januari 2016 yang lepas. SRI al-Amin Miri merupakan institusi pendidikan sekolah rendah Islam swasta perintis di bandaraya Miri dan juga cawangan SRI al-Amin yang kedua di Sarawak selepas SRI al-Amin Kuching.

Sejumlah 13 orang murid Tahun 1 telah berdaftar pada sesi persekolahan kali ini dari pelbagai pusat pendidikan awal kanak-kanak seluruh Bandaraya Miri.

Hari pertama persekolahan bermula dengan sesi perkenalan. Pelbagai aktiviti menarik turut direka khas bertujuan untuk menimbulkan minat murid untuk hadir ke sekolah bagi menimba

ilmu dan memperbaiki peribadi. Aktiviti tersebut berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para murid.

Murid-murid juga didedahkan dengan adab dan akhlak Islami dalam kehidupan seharian untuk mereka amalkan apabila pulang ke rumah. Antara contoh adab-adab yang telah mula diterapkan termasuklah adab dengan guru, adab berkawan, adab menuntut ilmu serta adab menjaga kebersihan. Murid-murid juga diberi galakan serta dilatih untuk solat secara berjemaah setiap hari di mana ia merupakan salah satu aspek asas Islam yang dititikberatkan dalam jadual harian mereka.

SRI al-Amin Miri yang terletak di Pujut 7 ini ialah institusi pendidikan sekolah rendah Islam yang mempunyai visi untuk melahirkan generasi Rabbani (berteraskan ketuhanan) dan holistik melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan, berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Visi ini diterjemahkan melalui motto sekolah iaitu “Soleh Wa Musleh” yang bermaksud baik dan membaikkan. Kurikulum SRI Al-Amin Miri adalah mengikut piawaian KSSR Kementerian Pendidikan Malaysia serta piawaian kurikulum agama IKRAM-MUSLEH yang berpengalaman menubuhkan lebih daripada 41 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia sejak tiga dekad yang lalu.

Generasi pelajar hasil daripada sistem pendidikan ini terdiri daripada mereka yang telah berjaya di pelbagai institusi pengajian tinggi serta kini berkhidmat di pelbagai sektor awam dan swasta di dalam dan di luar negara.

SRI Al-Amin Miri adalah sebuah institusi yang bukan berorientasikan keuntungan dan sangat menggalakkan sokongan komuniti serta mana-mana pihak yang berminat untuk menyumbang dana, kepakaran, prasarana dan lain-lain, sesuai dengan visi dan misi sekolah. Sila lawati laman web rasmi SRI Al-Amin Miri di sri.alaminmiri.com untuk maklumat lanjut atau hubungi En Muhammad Afifi pada talian 0194379809.

Selain SRI al-Amin Miri, SRI al-Amin Kuching turut memulakan sesi persekolahannya pada 4 Januari yang lepas. Seramai 121 orang murid yang mendaftar untuk sesi persekolahan tahun ini.

Menurut bapa kepada salah seorang murid, Mohamad Fadillah ketika ditemui katanya, "Sebagai ayah kepada murid di sekolah ini, saya amat teruja melihat perkembangan yang baik dari segi bilangan murid yang bertambah setiap tahun. Kualiti pengajaran serta persekitaran juga turut meningkat. Saya percaya sekolah ini berpotensi menjadi pilihan ibu bapa sekitar bandaraya Kuching selain Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan dalam usaha menanamkan pemahaman dan praktikal Islam di peringkat awal kanak-kanak."

Tambahnya lagi, "Saya mengikuti perjalanan sekolah ini daripada awal ia beroperasi, saya berpendapat sekolah ini sangat memerlukan sokongan masyarakat terutama dari segi dana agar ia dapat dibina di kawasan yang lebih selesa untuk dijadikan kompleks pendidikan dan kecemerlangan murid."

Sekolah yang bertemakan “soleh wa musleh” yang bermaksud baik dan membaiki ini terletak di Lot 6790, Lorong Matang Jaya 4 telah beroperasi sejak tahun 2012 lagi dengan lapan orang murid. Ia didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Swasta dan Jabatan Agama Islam Sarawak. Jika inMaklumat lanjut berkenaan SRI al-Amin Kuching boleh dirujuk terus ke sekolah atau melalui talian telefon 082646158.

Read 3644 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!