Print this page
Sunday, 24 January 2016 08:00

Projek Bundle Amal i-Bantu Sibu

Rate this item
(0 votes)

Penerima_dari_sekitar_Kampung_Usahajaya_Sibu.jpg

SIBU - Sumbangan berbentuk keperluan asas berbentuk makanan seperti beras, gula dan minyak disampaikan kepada beberapa buah keluarga yang menetap di kawasan Kampung Usahajaya Baru Sibu pada 23 Januari yang lepas.

Antara penerima termasuklah seorang pesakit kencing manis kronik, menghidap sakit buah pinggang serta buta sebelah mata yang hanya mampu bergantung hidup dengan isterinya.

Sumbangan ini merupakan hasil jualan baju-baju terpakai yang disumbangkan oleh penduduk sekitar Sibu melalui projek Bundle Amal i-Bantu. Projek Bundle Amal i-Bantu ini merupakan hasil inisiatif Belia Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Sibu.

Melalui projek ini, orang ramai boleh menyumbang pakaian terpakai untuk dijual dan hasil daripada jualan akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan seperti mangsa bencana, fakir miskin, anak yatim dan sebagainya.

Orang ramai terutamanya di sekitar Sibu yang berminat untuk turut menyumbang pakaian terpakai boleh 'like page' Bundle Amal i-Bantu atau menghubungi Encik Mohd Daud Anuar pada talian 014-5965986

Read 1460 times
Our website is protected by DMC Firewall!