wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 14 جمادى الثانية 1440   |   Tuesday 19 February 2019
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah
Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan
Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita
Wanita IKRAM Sibu anjur Mothers Against Pornography
SIBU – Wanita IKRAM kawasan Sibu mengadakan Mothers Against Pornography (MAP) pada 20 dan 22 Oktober yang lepas masing-masing bertempat di SK Nanga Bena dan SMK Semop. Mothers Against Pornography ini merupakan
Qurban Kasih Ummah IKRAM Sarawak
Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak mengadakan program korban di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Bintulu. IKRAM kawasan Kuching mengadakan Qurban Kasih Ummah
Sunday, 06 September 2015 08:00

Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Sarawak 2015 - 'Menggilap Potensi, Mendidik Generasi'

Rate this item
(0 votes)

Ucaptama_oleh_Tuan_Haji_Shahrin_Awaluddin_Ketua_Pegawai_Eksekutif_WAMY_Malaysia_bertajuk_Antara_Semalam_dan_Hari_Ini.jpg

MIRI - Muktamar Kepemimpinan Belia Islam (MUKIM) Sarawak 2015 melabuhkan tirainya pada 5.30 petang, 5 September yang lalu. Bertemakan 'Menggilap Potensi, Mendidik Generasi', program ini mensasarkan kehadiran belia yang berusia antara 18 hingga 25 tahun dari pelbagai institusi di sekitar Miri, Sarawak. Seramai 40 orang belia Islam dari pelbagai kementerian, jabatan, institusi dan badan bukan kerajaan di sekitar Miri yang hadir.

Program diadakan bertempat di Masjid at-Taqwa, Miri ini merupakan anjuran WAMY Malaysia dengan kerjasama HIKMAH, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak, Unit Saudara Kita dan Masjid at-Taqwa.

Ucaptama oleh Tuan Haji Shahrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif WAMY Malaysia bertajuk 'Antara Semalam dan Hari Ini'. Beliau menekankan bahawa suatu masa dahulu Islam merupakan suatu tamadun yang agung dan mempunyai banyak peranan dan sumbangannya kepada dunia sebelum ia jatuh. Oleh yang demikian, belia harus berperanan aktif dalam membina semula peradaban Islam.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti sidang pleno, diskusi dalam kumpulan dan simulasi kepimpinan. Sidang pleno bertajuk Agenda Kepemimpinan Belia Sarawak yang menampilkan seorang moderator, saudara Zahid (WAMY Malaysia) dan tiga panelis belia daripada pelbagai institusi dan bidang iaitu Ustaz Amin (HIKMAH), Dr. Ariff (IKRAM Health) dan Ustazah Wardyawaty (IKRAM Musleh).

Perasmian penutup disempurnakan oleh wakil YB Tuan Ripin bin Lamat, ADUN N62 Lambir iaitu Mohd Ibrahim bin Husli selaku Ketua Pemuda PBB cawangan Senadin. Beliau berpesan bahawa belia harus mengambil contoh sahabat Rasulullah SAW dalam membawa tanggungjawab dakwah dan membawa kebaikan kepada masyarakat. Beliau turut menyeru kepada semua belia agar berperanan aktif dalam masyarakat kerana belia mempunyai impak yang besar dalam menentukan hala tuju negara kita.

Read 1216 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!