wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah
Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan
Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita
Wanita IKRAM Sibu anjur Mothers Against Pornography
SIBU – Wanita IKRAM kawasan Sibu mengadakan Mothers Against Pornography (MAP) pada 20 dan 22 Oktober yang lepas masing-masing bertempat di SK Nanga Bena dan SMK Semop. Mothers Against Pornography ini merupakan
Qurban Kasih Ummah IKRAM Sarawak
Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak mengadakan program korban di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Bintulu. IKRAM kawasan Kuching mengadakan Qurban Kasih Ummah
Wednesday, 05 August 2015 00:00

IKRAM Sarawak mengalu-alukan pengisytiharan Bandaraya Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan

Rate this item
(0 votes)

Untitled-2_copy.png

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA NEGERI SARAWAK 5 Ogos 2015 | 20 Syawwal 1436H

IKRAM Sarawak mengalu-alukan pengisytiharan Bandaraya Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) cawangan negeri Sarawak mengalu-alukan pengisytiharan Bandaraya Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan pada 1 Ogos 2015 yang lalu.

Sesungguhnya pengisytiharan ini merupakan satu langkah yang bijak, strategik dan amat bertepatan dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni dan bersatu padu dalam kepelbagaian kaum dan agama penduduk di negara ini serta menjadi formula utama kepada kemakmuran dan kemajuan negara pada masa hadapan.

Pengisytiharan ini selaras dengan gagasan perpaduan kaum dan agama yang dianjurkan oleh agama Islam sepertimana yang dinyatakan melalui firman Allah Taala dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud;

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)”.

IKRAM sebagai pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan amat menyokong pengisytiharan ini dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengekal dan meningkatkan keharmonian dan perpaduan antara penduduk di negara ini secara keseluruhannya. IKRAM seterusnya menyeru agar semua pihak sentiasa bersyukur diatas nikmat keamanan dan perpaduan yang sedang dikecapi serta berganding bahu membenteras segala ancaman yang boleh mengganggu-gugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad,
Yang DiPertua,
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Cawangan negeri Sarawak.

Read 1281 times Last modified on Wednesday, 05 August 2015 07:47

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
(No. Tel. Setiausaha :
Satria Arjuna bin Julaihi 010-518 5728)
Our website is protected by DMC Firewall!