wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 19 شعبان 1440   |   Wednesday 24 April 2019
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah
Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan
Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita
Wanita IKRAM Sibu anjur Mothers Against Pornography
SIBU – Wanita IKRAM kawasan Sibu mengadakan Mothers Against Pornography (MAP) pada 20 dan 22 Oktober yang lepas masing-masing bertempat di SK Nanga Bena dan SMK Semop. Mothers Against Pornography ini merupakan
Qurban Kasih Ummah IKRAM Sarawak
Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak mengadakan program korban di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Bintulu. IKRAM kawasan Kuching mengadakan Qurban Kasih Ummah
Thursday, 16 July 2015 08:00

Aidilfitri Sambutan Untuk Meraikan Kembalinya Kita Pada Fitrah

Rate this item
(0 votes)

Selamat_hari_raya_aidilfitri_maaf_zahir_batin_daripada_IKRAM_Sarawak.jpg

Aidilfitri sudah menjelang tiba. Pastinya ramai yang bergembira dan berseronok di samping keluarga tercinta.

Makna Aidilfitri

Perkataan ‘Aid’ pada awal kata Aidulfitri adalah bermaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ pula pulang kepada makna Fitrah.

Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini?

Mengapa namanya demikian?

Merenung Kembali Kepada Hakikat Ramadan

Ramadan umpama satu kem di mana orang-orang yang benar-benar menghidupkan Ramadan itu dilatih dan dididik untuk meningkatkan ibadah, memperbaiki diri dan membersihkan hati.

Sehingga apabila kita keluar daripada bulan Ramadan, lahirlah seseorang yang baru, bersih jiwanya dan kembali kepada fitrah yang hakiki iaitu menjadi hamba Allah SWT yang taat kepada perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Justeru, Aidilfitri ini merupakan satu perayaan untuk kita meraikan mereka yang telah kembali kepada fitrah dengan berusaha bersungguh-sungguh menghidupkan Ramadan dengan amal ibadah dan memperbaiki diri.

Ia merupakan perayaan khusus bagi mereka yang telah memperolehi takwa setelah kita melalui bulan Ramadan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, dengan harapan kamu akan memperolehi takwa.” (Surah al-Baqarah: 183)

Hari itu, kita diarahkan bergembira, memakai pakaian yang baru dan cantik, memakai bau-bauan yang wangi dan diarahkan untuk berkumpul serta membesarkan Allah SWT sebesar-besarnya untuk mensyukuri pengembalian mereka kepada fitrah itu secara beramai-ramai. Kemudian pulang dari masjid untuk berziarah-ziarah.

Mengapa Pentingnya Takwa?

Istilah takwa itu datang daripada kata akar yang bermaksud perisai. Perisai itu fungsinya ialah untuk melindungi diri kita. Jika kita kaitkan konsep perisai dengan takwa, kita dapat fahami bahawa kita inginkan takwa supaya kita dapat melindungi diri kita. Tapi, lindungi diri kita daripada apa?

Kita berharap dengan adanya takwa dalam diri kita, kita mampu melindungi diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang Allah larang. Dengan adanya takwa juga, tubuh badan kita merasakan ringan untuk melakukan amal kebajikan.

Itulah fungsi takwa.

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat takwa setelah berlalunya Ramadan. Hal ini kerana takwa merupakan bekal terbaik bagi kita melalui bulan-bulan yang mendatang dengan penuh ketaatan kepada-Nya.

Read 1046 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!