wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 19 شعبان 1440   |   Wednesday 24 April 2019
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah
Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan
Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita
Wanita IKRAM Sibu anjur Mothers Against Pornography
SIBU – Wanita IKRAM kawasan Sibu mengadakan Mothers Against Pornography (MAP) pada 20 dan 22 Oktober yang lepas masing-masing bertempat di SK Nanga Bena dan SMK Semop. Mothers Against Pornography ini merupakan
Qurban Kasih Ummah IKRAM Sarawak
Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak mengadakan program korban di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Bintulu. IKRAM kawasan Kuching mengadakan Qurban Kasih Ummah
Monday, 27 July 2015 08:00

Rumah Terbuka - Eratkan Silaturahim Dan Tingkatkan Keharmonian Kaum

Rate this item
(1 Vote)

Aidilfitri_sebagai_platform_untuk_erat_silaturahim_dan_tingkatkan_keharmonian_antara_kaum_copy_copy.jpg

Hari Raya merupakan hari untuk meraikan kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Pada waktu beginilah ramai yang mengambil kesempatan untuk menziarahi saudara mara. 

Keluarga yang duduk berjauhan juga biasanya mengambil peluang ini untuk berkumpul untuk bermaafan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tidak kurang juga ada yang mengambil peluang hari raya ini untuk berkumpul semula dengan kawan-kawan yang telah lama tidak bertemu dan bercerita tentang perkembangan masing-masing.

Selain itu, sambutan Aidilfitri ataupun mana-mana perayaan di Malaysia amat unik. Ia sangat

sinonim dengan amalan rumah terbuka. Sehingga ke hari ini, kita masih lagi menerima jemputan-jemputan ke rumah terbuka. Apa yang uniknya, di sinilah kita mendapat peluang untuk bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama Muslim, tapi ia juga sesama bukan Muslim.

 Melalui program rumah terbuka sebegini, kita berpeluang memperkenalkan kepada pengunjung tentang agama dan budaya kita yang indah.

Secara tidak langsung, program rumah terbuka mampu meningkatkan keharmonian dan kesefahaman dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa ini.

Namun sejak akhir-akhir ini, sentimen perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang ekstrem sangat membimbangkan. Hal ini secara tidak langsung akan mengganggu keamanan dan keharmonian negara kita.

Oleh itu, perkara ini perlu dibendung dengan segera. Kesatuan antara kaum ini perlu dilaksanakan atas nilai kemanusiaan, menegakkan keadilan, berbuat baik tanpa prejudis, saling menghormati perbezaan dengan hati terbuka dan bertolak-ansur atas persefahaman.

Masyarakat majmuk di Malaysia beruntung apabila setiap perayaan kaum atau bangsa diraikan bersama, Justeru, kita telah di atas landasan yang terbaik untuk memastikan keharmonian dan keamanan ini dapat dikecapi merentas budaya tanpa ada provokasi yang boleh merosakkan kedamaian ini.

Dengan ini, orang Islam tanpa mengira daripada mana-mana bangsa perlu mengambil peluang untuk memperkenalkan nilai kesejahteraan sebagai hamba Allah SWT dengan akhlak islamik dalam meraikan perayaan silang budaya budaya ini.

Ia selari dengan firman Allah SWT dalam al-Hujurat ayat ke-13 yang bermaksud, Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).

Read 2495 times Last modified on Thursday, 30 July 2015 12:35

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd