wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 19 شعبان 1440   |   Wednesday 24 April 2019
IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah
Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember
IKRAM Sibu, iMaret Tempuh Perjalanan 10 Jam Bertemu Masyarat Kenyah dalam Kembara Pesona Kehidupan
Kembara Pesona Kehidupan : Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November 2016 bertempat di Long Busang, Belaga. Program Peteguk Ilu Mung Ke’ Long Busang 2.0 yang juga bermaksud kita
Wanita IKRAM Sibu anjur Mothers Against Pornography
SIBU – Wanita IKRAM kawasan Sibu mengadakan Mothers Against Pornography (MAP) pada 20 dan 22 Oktober yang lepas masing-masing bertempat di SK Nanga Bena dan SMK Semop. Mothers Against Pornography ini merupakan
Qurban Kasih Ummah IKRAM Sarawak
Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak mengadakan program korban di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Bintulu. IKRAM kawasan Kuching mengadakan Qurban Kasih Ummah
Monday, 13 July 2015 08:00

Pelancaran Bazar Aidilfitri dan Tabung Kemanusiaan MyCare

Rate this item
(0 votes)

11014809_895781830480973_3490220139498805381_n_copy_copy_copy.jpg

KUCHING, 12 JULAI - Majlis Pelancaran Bazar Aidilfitri dan Tabung Kemanusiaan MyCARE telah diadakan di Bazar Satok, Kuching pada 12 Julai yang lalu dan disempurnakan oleh YB Datuk Hj Mohd Naroden Hj Majais selaku Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan Sumber. Turut menyaksikan adalah Us. Dr. Hj Azhar b Hj Ahmad, YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak.

Majlis yang dianjurkan oleh Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak (KUSB) dengan kerjasama Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA), Pertubuhan IKRAM Negeri Sarawak(IKRAM), Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Majlis juga menyaksikan pelancaran tabung kemanusiaan MyCARE daerah Kuching, yang telah berkampung di Bazar Satok sejak 4 Julai yang lalu. MyCare atau Humanitarian Care Malaysia adalah sebuah NGO yang tidak berasaskan keuntungan terdiri daripada Aqsa Syarif, IKRAM for Syria (i4S), Salam Iraq, Nusantara Care, Rose2Rose dan Palestine Centre of Excellence(PACE) yang masing-masing akan memberi fokus kepada negara-negara di bawah kelolaan masing-masing.

Selain itu, majlis juga meraikan golongan yang kurang berkemampuan, di mana pihak JK Khidmat Masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Kuching melalui agensinya i-Bantu Kuching telah menyediakan 20 kotak pek makanan dan beras untuk mereka yang terpilih di Kampung Kudei. Penyampaian disempurnakan oleh YB Datuk Hj Mohd Naroden Hj Majais.

Di akhir majlis , penyerahan bubur lambuk diberikan kepada pengunjung bazar.

Read 1783 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!