Print this page
Monday, 01 June 2015 08:00

How to Manage Your Money - Didik Remaja Urus Wang

Rate this item
(0 votes)

Aktiviti_menarik_program_How_to_Manage_Your_Money_mendedahkan_para_peserta_tentang_pengurusan_kewangan.jpg

KUCHING - Pada 29 Mei yang lepas, IKRAMTeens Kuching menganjurkan program 'How to Manage Your Money' bertempat di kediaman Ustaz Su'udi Arof, YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Kuching.

Program ini menyajikan pelbagai aktiviti yang menarik bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengurusan wang serta persediaan dalam menghadapi masalah kewangan pada masa akan datang. Antara aktiviti yang menarik ialah permainan kitaran wang dengan menggunakan permainan 'Saidina'.

Para peserta ternyata teruja dengan aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini. Ia dihadiri oleh 20 orang peserta remaja berusia 12-17 tahun di sekitar Kuching.

Perkembangan dan maklumat berkenaan aktiviti IKRAM Sarawak khususnya IKRAMTeens boleh diikuti di laman Facebook Ikram-Sarawak.

Read 1376 times Last modified on Sunday, 07 June 2015 22:28
DMC Firewall is a Joomla Security extension!