Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Kota Samarahan ditubuhkan pada tahun 2010 di bawah pimpinan YDP Dr Shahrol bin Mohamaddan.
Bahagian Kota Samarahan merupakan salah satu daripada 11 bahagian yang terdapat di Sarawak dan ia berkeluasan 4967.4 km persegi. Sehingga tahun 2000, jumlah penduduk di Kota Samarahan seramai 79,771 orang.
Capaian IKRAM Kota Samarahan mencakupi sehingga ke Sri Aman di mana akses untuk ke Sri Aman ialah dengan 3-4 jam perjalanan darat.
Fokus utama IKRAM Kota Samarahan ialah pembangunan mahasiswa. Terdapat tiga institut pengajian tinggi (UNIMAS, UiTM dan Swinburne), dua institut perguruan (IPG Tun Abdul Razak dan IPG Batu Lintang) dan sebuah kolej matrikulasi iaitu Kolej Matrikulasi Sarawak yang bernaung di bawah IKRAM Kota Samarahan.
Selain itu, IKRAM Kota Samarahan turut memfokuskan kepada program remaja, aulad dan wanita.
Alamat Pejabat :
Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Kota Samarahan,
Tingkat 3, Blok 1 Lot 3452 Sublot 18,
Desa Ilmu Commercial Centre,
Jalan Datuk Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan,
Sarawak, MALAYSIA.
(No. Tel. Setiausaha : Mohd Azrin bin Mohd Said 013 826 8171)