KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober 2019 yang lalu. Terdapat 6 buah sekolah terlibat dalam majlis ini iaitu SK Encik Buyong, SK Gersik, SK Matu Baru, SK Astana, SK Pasir Pandak dan SK Combined.
Program ini bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan yang mempunyai masalah rabun mata untuk mendapatkan sepasang cermin mata tanpa mengira bangsa dan agama. Menurut Yang Dipertua IKRAM Sarawak, Ustaz Salleh Hamdan, ini merupakan kali ketiga program ini diadakan. Beliau juga berkata, objektif majlis ini ialah untuk membantu pelajar kearah keberkesanan pembelajaran kerana pentingnya penglihatan yang jelas untuk fokus dlm proses pembelajaran.
Majlis ini telah diuruskan oleh Yayasan IKRAM Malaysia Bersama i-Bantu Kuching dan Eyesight Optic. Melalui dana-dana dan hasil sumbangan orang ramai dan individu-individu yang terlibat yang telah diamanahkan kepada Yayasan IKRAM, majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beberapa jabatan kerajaan juga turut serta untuk menyokong usaha ini.
Semoga dengan penyerahan cermin mata ini memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai masalah rabun mata untuk lebih focus dan berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
Written by Sarawak
Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi perjalanan Suara Sarawak sehingga mereka mempunyai pejabat yang baharu dibuka tiga bulan lepas. Kelihatan ramai tenaga muda yang bekerja untuk menghidupkan Suara Sarawak dan didapati mereka boleh berkembang dengan lebih cepat dan masa depan lebih baik. Selain melihat secara fizikal di pejabat berkenaan, pihak IKRAM Media negeri juga sempat berbincang untuk bekerjasama dalam memberi input dalam akhbar Suara Sarawak. Layanan daripada wakil Suara Sarawak iaitu En Awang Rosli, Timbalan Eksekutif Editor Suara Sarawak dan En Haziq, Editor Portal Suara Sarawak sangat kami hargai. Semoga kerjasama ini dapat menyebarluaskan lagi fikrah dan menonjolkan visibiliti IKRAM Sarawak di bumi Sarawak.
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Written by Kota Samarahan, SarawakKota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis IKRAM dari Belia Harmoni Sarawak, Asatizah Muda IKRAM Sarawak dan IKRAMTeens Sarawak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan selama dua hari yang penuh bermakna. Di antaranya adalah perkongsian taklimat IKRAM Muda Sarawak daripada Ketua IKRAM Muda Sarawak, En Mohd Azrin Mohd Said. Seterusnya pembentangan gerak kerja dakwah pemuda oleh Ust Aadtif, Pengerusi JK Tabiah Negeri Selangor. Manakala di sebelah petang, setiap kumpulan aktivitis melakukan pembentangan berasingan gerak kerja masing-masing. Sesi team building indoor juga dilakukan pada sebelah petang.
Manakala pada keesokannya perbincangan dan resolusi setiap kumpulan dilakukan dengan jayanya. Penutupan dari YDPN IKRAM Sarawak oleh Ustaz Mohamad Salleh Bin Hamdin menutup tirai PIMSAR 2019. Moga perkampungan pada kali ini menjadi batu lonjatan untuk kita bergerak dengan lebih melaju.
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
Written by SarawakUCAPAN HARI MALAYSIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
16 Muharam 1441H / 16 September 2019
SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izinNya kita dapat menyambut dan meraikan Hari Malaysia bagi tahun 2019.
Pada tahun ini Hari Malaysia sangat istimewa kerana disambut dalam bulan Muharam 1441H. Oleh itu, semangat dengan tema Maal Hijrah 1441H, “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera” masih lagi segar dan relevan. Dalam pada itu, negeri Sarawak pada tahun ini juga bertuah kerana telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Hari Malaysia 2019 yang akan diadakan di Stadium Perpaduan (Tertutup) Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Negeri Sarawak semenjak 56 tahun yang lepas, telah bersama-sama dalam membentuk negara Malaysia. Sepanjang tempoh itu menunjukkan kesepakatan hidup bermasyarakat serta bersatu-padu boleh dibudayakan demi mencapai kesejahteraan dan pembangunan bersama-sama. Kepercayaan dan perpaduan ini terbukti adalah satu faktor penting dalam membangun sebuah negara. Oleh itu, kita dan generasi baharu perlu sentiasa ditekankan tentang betapa pentingnya untuk mengekalkan nilai kepercayaan dan perpaduan bangsa Malaysia ini.
Bersempena dengan tema Hari Malaysia 2019 iaitu ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’, marilah kita bersama-sama menyemarakkan perpaduan serta menumbuhkan semangat cintakan negara kita ini. Selain itu, menyalakan nilai integriti, jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi dalam menuju Malaysia Baharu adalah tanggungjawab semua peringkat masyarakat.
Sesungguhnya, kesedaran kita tentang betapa besar nikmat yang ada di dalam negara ini, akan menyebabkan kita akan sentiasa mencari jalan dan berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankannya. Oleh itu, kita menyambut baik saranan Perdana Menteri dalam ucapan beliau sempena Hari Kebangsaan baru-baru ini dalam mewujudkan Wawasan Kemakmuran Bersama. Usaha tersebut adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus-menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang tahun 2030.
Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya berpimpin tangan menuju ke arah yang lebih padu dan utuh. Oleh itu, marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT:
وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ
Maksudnya: Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, (Surah al-Anfal: 46)
Harapan saya dan seluruh warga IKRAM Sarawak, semoga kita dapat merapatkan perpaduan dan menyatukan masyarakat dengan penuh keharmonian dan aman sejahtera.
Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon rahmat dari sisi-Mu, semoga Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau merapatkan jurang perpecahan / perselisihan kami, Engkau hindarkan diri kami daripada segala fitnah, dan Engkau memperelokkan urusan agama dan kehidupan dunia kami.
Selamat menyambut Hari Malaysia dan selamat maju jaya.
Sekian.
Wabillahhitaufik walhidayah wasalamualakan warahmatullahi wabarakatuh.
“Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”
Ust Hj Mohamad Salleh Bin Hamdin
YDPN Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak
IKRAM Sarawak
INFO - Sejarah | Hubungi Kami
ORGANISASI - IKRAM Sarawak | Wanita | Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri
CAWANGAN - Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri