wrapper

Berita Terkini

الأحد 1 صفر 1439   |   Sunday October 22 2017
Mabit Akhawat
PUTATAN, 03-04 April 2015 - Program Mabit Akhawat yang berlangsung selama 1 hari 1 malam telah berjaya dilaksanakan. Program ini telah diadakan di Tadika Tunas Iman, Putatan yang melibatkan seramai 22 orang. Sepanjang
Kem Waja Diri (Kewari)
KOTA KINABALU, 13-15 Februari 2015 – Program Kem Waja Diri (KEWARI) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah berjaya dilaksanakan. Program yang bertemakan "Melahirkan Pendekar Mutadayyin" ini lebih menumpukan kepada
ROAD TO HAPPY FAMILY
KOTA KINABALU, 15 Februari 20015 – Program Road to Happy Family yang berlangsung selama setengah hari berjaya dilaksanakan. Program ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di Negeri Di Bawah Bayu ini.
Tuesday, 17 March 2015 00:00

Kem Waja Diri (Kewari)

Rate this item
(0 votes)

KOTA KINABALU, 13-15 Februari 2015 – Program Kem Waja Diri (KEWARI) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah berjaya dilaksanakan. Program yang bertemakan "Melahirkan Pendekar Mutadayyin" ini lebih menumpukan kepada pembentukan sahsiah islamiah melalui latihan intensif silat, rohani dan 'group binding' yang kukuh antara peserta. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Damit Awang Anak; Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, mewakili Y.B. Datuk Haji Tawfiq Bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan Menteri Belia dan Sukan Sabah.

 

 

 Program ini merupakan anjuran IKRAMTeens Negeri Sabah dan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri. Program ini telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Putatan, Kota Kinabalu dengan melibatkan peserta dari tiga buah sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah SMKA Kota Kinabalu, SMKA Tun Said dan SMK Bongawan.

Diharapkan program ini dapat membentuk sahsiah islamiah yang mantap dan unggul di kalangan peserta serta mengeratkan lagi ukhuwah di antara peserta. Semoga dengan adanya program ini, belia remaja khususnya di negeri bawah bayu ini dapat menjadi remaja yang kuat bukan sahaja dari segi fizikal dan mental tetapi juga rohani.

Read 989 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 08:51

Media

More in this category: Mabit Akhawat »

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sabah

Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sabah,

Lot 13, Tingkat 1 Blok A, Putatan Central Plaza,
Putatan, 88200, Kota Kinabalu, Sabah

Tel/Fax : 088-760391

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd