wrapper

Berita Terkini

الإثنين 1 شوّال 1438   |   Monday June 26 2017

IKRAM HULU PERAK ANJURKAN KURSUS KESUKARELAWANAN CEMERLANG UNTUK BELIA GERIK DAN KUALA KANGSAR

19 Mac 2017, Gerik  - Bicara IKRAM Gerik bertajuk Kursus Kesukarelawanan Cemerlang telah berjaya  dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Gerik. Kursus tersebut telah disampaikan oleh En Muhammad Afiq Kamarudin, Pengurus MyCARE Kota Bharu, Kelantan. Kursus ini bertujuan memupuk insan yang berkesedaran tinggi dalam membantu keperluan sesama manusia di lokaliti dan di seluruh dunia.

84 peserta yang hadir dari sekitar Gerik & Kuala Kangsar telah memanfaatkan program ini. Diharapkan semangat kesukarelawanan akan berkembang subur dalam kalangan belia dan remaja kawasan Gerik dan Kuala Kangsar, malah di seluruh negeri Perak. 

Read more

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (Perak Darul Ridzuan)
36A, Persiaran Halaman Ampang 6,
Halaman Ampang Mewah,
31350 IPOH, Perak Darul Ridzuan
Read more

Pengenalan Pertubuhan IKRAM Malaysia (Perak)

logoIKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perak(IKRAM Perak) adalah satu dari 14 cawangan negeri Pertubuhan IKRAM Malaysia seluruh negara. Pertubuhan IKRAM Malaysia adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Dasar IKRAM ialah ISLAM dan asas pegangannya ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad.

Pertubuhan IKRAM Malaysia telah dilancarkan pada 8 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 20 Jun 2010 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Ustaz Dr Haji Mohd Parid Syeikh Ahmad.

 

Daerah-Daerah IKRAM PERAK adalah:

  • Ipoh
  • Kuala Kangsar
  • Taiping
  • Manjung
  • Teluk Intan
  • Batang Padang
  • Perak Tengah
  • Hulu Perak
Read more

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!