Print this page
Sunday, 03 May 2015 08:00

HC ZIARAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI Featured

Rate this item
(0 votes)

ORANG ASLI

Pada petang semalam, skuad Hidayah Centre (HC) Pahang telah berkunjung ke Kampung Orang Asli di Paloh Hinai, Pekan.

Mereka berjumpa dengan tok batin dan juga menziarahi dua buah rumah muallaf Orang Asli di sana.

Selama bertahun-tahun lamanya tiada sesiapa yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan agama kepada mereka sehingga cetek sekali pegangan agama mereka. Serta ketiadaan bantuan yang menatijahkan keadaan kehidupan yang amat daif.

Alhamdulillah baru-baru ini Ustazah Rohaya berkesempatan ke sana dan mula bertaut hati dengan mereka. HC memerlukan tenaga sukarelawan yang boleh ke sana sebulan sekali untuk memberi bimbingan kepada keluarga Muslim di sana.

Walaupun tok batin tidak beragama islam, tetap mereka berdualah orang pertama yang mengambil initiatif memaklumkn dan memohon agar saudara baru orang asli di situ diberi bimbingan dan bantuan.

Moga Allah memberi hidayah kepada mereka, juga kita. Amiin.

Read 1442 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 11:59
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd