wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 14 جمادى الثانية 1440   |   Tuesday 19 February 2019
HC ZIARAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Pada petang semalam, skuad Hidayah Centre (HC) Pahang telah berkunjung ke Kampung Orang Asli di Paloh Hinai, Pekan. Mereka berjumpa dengan tok batin dan juga menziarahi dua buah rumah muallaf Orang Asli di sana.
Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang
SUMBANGAN DIPERLUKANKuantan, 6 April - Memasuki bulan April, bermakna masih ada lagi berbaki 8 bulan sekurang-kurangnya Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang disiapkan. Projek ini telah
IKRAMHEALTH PAHANG MEMBERIKAN KHIDMAT
Pekan, 11 April - Bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak, Pekan telah diadakan Hari Terbuka Asrama. Pelbagai acara diadakan dan IKRAMHealth Pahang telah dijemput untuk memeriahkan program
UKHUWAH TERJALIN INDAH
Kuantan, 29 Mac - Silaturrahim dan ukhuwah tersulam indah antara akhawat daerah Kuantan dan akhawat daerah Temerloh sempena Program Jaulah Akhawat IKRAM Daerah Kuantan. Program ini diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita
Tuesday, 31 March 2015 08:00

MENYANTUNI KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI MOSCOW

Rate this item
(0 votes)

IMG 20150428 WA0028


Kuantan, 27 April - Pertubuhan Ikram Negeri Pahang sentiasa mengikuti rapat perkembangan berita mengenai mangsa kebakaran di asrama yang menempatkan pelajar perubatan Malaysia di Moscow, Rusia. Salah seorang mangsa, Rosdiana Idham Halis berasal daripada Kuantan.

Yang Di-Pertua IKRAM Negeri Pahang, Tn. Hj. Samsudin Abdullah dan Pengerusi I-Bantu Pahang, Dr. Nazli Kamarulzaman serta rombongan berkesempatan menziarahi keluarga Rosdiana di Batu 5, Jalan Gambang.

 

Ayah Rosdiana, En. Idham Halis memaklumkan kepada kami yang Rosdiana masih dapat menelefon beliau sejurus kebakaran berlaku memaklumkan jangan bimbang kerana beliau luka sedikit sahaja. Namun, selepas itu Rosdiana menelefon sekali lagi memaklumkan beliau berada didalam ambulans.
Kini keluarganya berhasrat ke Rusia bagi melihat keadaan Rosdiana yang dilaporkan kritikal kerana terhidu asap berlebihan dalam tragedi tersebut.

Semoga dengan kedatangan pihak kami menyalurkan sumbangan orang ramai dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga ini. Kami menyeru kepada semua rakyat Pahang khususnya dan rakyat Malaysia umumnya dapat mendoakan kesejahteraan kepada semua mangsa yang terlibat.

Read 1155 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 11:43

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Pahang

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang

B76-1, Taman Mahkota Putra, IM8
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur

No Tel :019-987 4233 (Pejabat)
Emel :[email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!