wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 19 ذو الحجّة 1440   |   Tuesday 20 August 2019
Suruhanjaya Gabungan Hindu-Islam Permulaan Era Baru Dakwah Di Negeri Sembilan
Tanggal 30 april 2015 merupakan tarikh bersejarah dalam usaha membina hubungan harmoni antara kaum dan agama sekaligus membuka dimensi baru arena dakwah di Negeri Sembilan.  Satu forum tertutup telah dianjurkan
Forum Mahabbah Cinta Rasul Mendekatkan IKRAM kepada Masyarakat Kampung Sentosa
Barisan panelis (dari kiri): Ustaz Mumtaz, Ustaz hasanuddin Mohd Yunus, Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin & En Awang (Pengerusi Surau Kg Sentosa) Satu forum bersempena Karnival Mahabbah Cinta Rasul telah berjaya
Mahligai Sakinah 2014
Program Mahligai Sakinah anjuran IKRAM Negeri Sembilan telah berjaya diadakan pada 2 November 2014 di Pejabat IKRAM Negeri Sembilan, Senawang. Program kali ini dibuat khusus buat ahli IKRAM dan pasangan yang
Majlis Perwakilan Wanita Negeri 2015 Berlangsung Meriah
Ustazah Hanisah, Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat Majlis Perwakilan Wanita Negeri IKRAM Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2015, bertempat di Politeknik Nilai. Perasmian majlis telah
Tuesday, 31 March 2015 08:00

Kenyataan Media: Isu Rampasan Injil (Bible) Oleh JAIS

Rate this item
(0 votes)

press statement bible

Barisan Gabungan NGO yang menyertai Sidang Akhbar 

Kami ingin menyatakan rasa prihatin kami untuk melihat konflik yang timbul dari isu ini dapat diselesaikan dengan segera dalam suasana yang harmoni, adil dan jujur. Konflik dan ketegangan yang melanda negara masa kini menampakkan dengan jelas bahawa perhubungan dan persefahaman rakyat Malaysia yang majmuk (pelbagai agama dan etnik) masih berada ditahap meresahkan dan membimbangkan serta perlu kepada usaha penyelesaian yang segera.

Kami yakin pendekatan berhikmah dan berdialog dalam menangani isu-isu keagamaan adalah cara yang terbaik bagi menyelesaikan masalah dan mengelakkan ketegangan antara penganut-penganut agama Islam dan Kristian di negara ini dari berterusan. Sesungguhnya ketegangan hidup beragama adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama, Perlembagaan Malaysia dan amalan demokrasi.

Islam adalah Agama Persekutuan seperti mana termaktub dalam Perlembagaan .Oleh yang demikian, hubungan Islam dengan bukan Islam adalah bersandarkan 'Tiada paksaan dalam agama' (Al-Baqarah: 256) dan itu adalah janji dan jaminan kerahmatan Islam kepada penganut agama lain termasuk hak memiliki kitab agama masing-masing. Oleh kerana itu apa sahaja tindakan yang bertentangan dengan prinsip ini dianggap mencemari nama baik Islam.

Maka dengan ini kami menyeru:

  • Semua pemimpin politik, NGO dan persatuan agama perlu bersikap berhati-hati dan bertanggungjawab dengan kenyataan masing-masing supaya tidak menimbulkan keresahan dan ketegangan hubungan antara kaum dan agama.
  • Pihak berkuasa menggunakan pendekatan berhikmah dan bijaksana dalam menangani isu seperti ini. Walaupun berasaskan Enakmen 1988 (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim), pendekatan yang sewajarnya haruslah digunakan demi mengekalkan suasana harmoni dan mengelakkan ketegangan kaum dan agama berlaku. Sebarang tindakan hendaklah mendapat kelulusan pihak atasan seperti EXCO Negeri dan Menteri Besar.
  • Pihak Gereja dan Majlis Kristian Persekutuan juga perlu tampil menyatakan pendiriannya dengan tegas bahawa mereka tidak ada agenda tersembunyi yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan beragama di Malaysia bagi menghilangkan keraguan pihak tertentu yang mendakwa proses Kristianisasi sedang berlaku.
  • Sementara menunggu keputusan rayuan kes di Mahkamah Agung sebarang tindakan hendaklah ditunda.
  • Semua pihak tidak mengambil tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan ketegangan agama berlaku seperti membuat protes dihadapan gereja dan seumpamanya.
  • Semua pihak yang terlibat dalam isu ini termasuk pemimpin politik, NGO dan persatuan agama mencari penyelesaian jangka panjang untuk menjaga keamanan dan keharmonian antara agama di negara ini. Kami yakin melalui pendekatan berdialog dan berunding antara pihak yang terlibat akan membawa masyarakat Malaysia ke arah suasana aman dan makmur.

Kami amat berharap masyarakat berbilang agama di Malaysia yang selama ini telah berjaya membina suasana harmoni, saling hormat menghormati dan bertolak ansur akan terus kekal begitu untuk masa yang mendatang.

Dipersetujui bersama oleh:

  1. Lau Chee Boon – PengerusiDewanPerhimpunanCinaNegeri Sembilan
  2. Badlishah Sham Baharin – YDP Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan
  3. Zamri Vinod – PengerusiSkuadMubalighNegeri Sembilan
  4. Ismail Ahmad – PengerusiWADAH Negeri Sembilan
  5. Hasri Wazir – PengerusiAqsa SyarifNegeri Sembilan
  6. Father Gregory Chan – Church of the Visitation Negeri Sembilan
  7. Pastor Teo Kim Siang – Chinese Methodist Church Negeri Sembilan
  8. Pastor Goh Cheng Kooi – Neighbour Grace Assembly Negeri Sembilan
Read 1421 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 12:28

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

IKRAM Negeri Sembilan

Pertubuhan IKRAM MAlaysia(IKRAM) Negeri Sembilan

Alamat : No. 90-2, Jalan Taman Komersial Senawang 4, Taman Komersial Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

Hubungi : Abdul Halim bin Yusoff (013 2535800)

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd