wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017
Futsal eratkan ukhuwah remaja
Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh remaja sekolah untuk menjalankan aktiviti bermanfaat.  Ikramteens Melaka telah menganjurkan satu perlawanan futsal untuk remaja pada Sabtu 19 March lalu bertempat di
Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga
Kebelakangan ini sering berlaku kejadian kanak-kanak diganggu secara seksual tanpa mereka sedari. Walaupun umur mereka masih terlalu mentah, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif yang sesuai
Program Staying Safe
Anda sayangkan anak anda? Pastikan anda menjadi ibubapa yang sentiasa peka dengan keselamatan anak anda. Jom bawa keluarga anda pada hujung minggu ni ke Program 'Staying Safe'.Pada 21 Feb 2016 ; 8.45 pagi - 12 tgh di
Kem Tahfiz 2015
Kem Tahfiz Perdana anjuran Wanita Ikram Melaka telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Mei - 5 Jun 2015 bertempat di SM Al-Amin Bestari d'Merlimau, Melaka.  Seramai 31 peserta yang berumur antara 7 - 15
Sunday, 20 March 2016 00:00

Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga

Rate this item
(0 votes)

Kebelakangan ini sering berlaku kejadian kanak-kanak diganggu secara seksual tanpa mereka sedari. Walaupun umur mereka masih terlalu mentah, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif yang sesuai agar tidak ada mana-mana individu yang mengambil kesempatan ke atas mereka. Justeru itu Wanita Ikram Melaka telah menganjurkan satu program bersama Ikram Junior Melaka yang bertajuk 'Anakku...Dirimu terlalu bahagia" bertempat di Masjid Al Alami, Ayer Keroh Melaka pada 12 March 2016 yang lalu. Seramai 132 orang kanak-kanak yang berumur antara 7 - 12 tahun hadir.  Yuran paling minima dikenakan iaitu sebanyak RM10 seorang.

dirimu terlalu berharga 14

 

 

dirimu terlalu berharga 1dirimu terlalu berharga 3

Dr Maimunah Fadzil, pakar sakit puan Hospital Melaka yang juga merupakan Ketua Wanita Ikram Melaka sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu bersama anak-anak. Beliau menceritakan bagaimana hebatnya proses penciptaan manusia melalui proses perkembangan janin dalam rahim ibu, proses kelahiran dan proses tumbesaran bayi ke kanak-kanak sehingga menjadi manusia yang begitu sempurna sifat.  Semuanya diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran surah At-Tin ayat 4: "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Dr Maimunah juga memberitahu anak-anak peserta tentang adab sopan ketika mereka berada di rumah seperti mengetahui masa yang sesuai untuk masuk ke dalam bilik ibubapa mereka serta ketika bergaul denga adik beradik yang berlawanan jantina. Anak-anak peserta juga didedahkan pengetahuan tentang hak diri sendiri. Antaranya terdapat tiga bahagian tubuh mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain iaitu kemaluan, punggung dan dada.  Perkara ini penting untuk mereka ketahui agar apabila ada orang yang tidak mereka kenali atau juga orang yang mereka kenali dengan rapat ingin menyentuh bahagian larangan ini, mereka sudah tahu bahawa mereka sedang mengalami gangguan seksual. Justeru itu terdapat tiga langkah yang perlu mereka lakukan apabila ada orang ingin melakukan perkara yang tidak diingini iaitu jerit dan katakan jangan sentuh mereka, lari dan beritahu hal itu kepada orang dewasa lain seperti ibu bapa atau guru mereka.

dirimu terlalu berharga 6

dirimu terlalu berharga 7

Semasa penerangan dari Dr Maimunah, beliau mengajak anak-anak peserta menghayati Al-Quran dengan meminta mereka membuka Al-Quran mencari ayat-ayat yang berkaitan dengan isi ceramah.  Anak-anak peserta didedahkan lebih awal lagi untuk sentiasa membaca Al-Quran dan membaca maknanya.  Ini merupakan satu pengalaman yang berharga kepada anak-anak peserta yang masih kecil lagi.

Penyampaian diselang seli dengan aktiviti kumpulan - Ekspresi dirimu yang dipenuhi dengan permainan dan kuiz yang dikendalikan oleh 6 abang-abang dan 8 kakak-kakak fasilitator yang terdiri daripada remaja Ikramteens Melaka. Suasana begitu riuh rendah apabila mereka melakukan aktiviti berkumpulan ini menunjukkan anak-anak peserta ini begitu gembira dan ceria sekali berada dalam program ini.

dirimu terlalu berharga 8

dirimu terlalu berharga 4

dirimu terlalu berharga 5

dirimu terlalu berharga 9

Slot terakhir disampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi di Melakan iaitu Saudara Hanuar Talib yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Long.  Dia mengendalikan slot bertajuk "Anak-anak Osem".  

dirimu terlalu berharga 11

dirimu terlalu berharga 13

Dr Maimunah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz kumpulan ekspresi dirimu serta cenderamata kepada fasilitator yang diketuai oleh saudara Amir Shouqqie.  Anak-anak peserta juga dilatih untuk solat dhuha dan juga solat zohor secara berjemaah.  Tahniah kepada Ikram Junior Melaka yang telah berjaya menganjurkan program yang meliputi aspek ilmu dan juga latihan amali ibadah kepada anak-anak yang masih kecil ini.  Sambutan hebat diberikan kepada masyarakat kepada program ini dengan bilangan peserta yang melebihi sasaran awal.  Antara komen ibubapa ialah program ini bagus untuk mengisi masa lapang anak-anak di masa cuti sekolah dan mereka akan menghantar anak mereka ke program Ikram Junior pada masa akan datang. Anak-anak bergitu seronok dan teruja di sepanjang program. Semoga program ini memberi maklumat yang penting kepada anak-anak untuk menjaga diri mereka ke arah hidup yang lebih bermakna.

dirimu terlalu berharga 12

 

Read 1080 times Last modified on Sunday, 20 March 2016 13:32
More in this category: « Futsal eratkan ukhuwah remaja

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Melaka

Pertubuhan IKRAM Malaysia, Melaka

4-1 Jalan Jati 2, Taman Jati
75350 Batu Berendam Melaka

Tel : 012 6217565 (Suriyati Yusoff)
Email : ikrammelaka@gmail.com

DMC Firewall is a Joomla Security extension!