wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 14 جمادى الثانية 1440   |   Tuesday 19 February 2019
MAP - Sayangi Diri Hiasi Peribadi
  Khamis 10/8/2017 @ Sekolah Rendah Islam Aman Machang Alhamdulillah pada 10hb Ogos, team MAP Kelantan yang diwakili oleh Pn Nurhafiza telah diberi peluang untuk menyantuni anak-anak Sekolah Rendah Islam Aman
Daurah Tajwid Mendekatkan Para Peserta Dengan AlQuran
Alhamdulillah pada 16 Januari 2016 telah berlangsung Daurah Tajwid siri pertama yang mengajak para peserta untuk terus terikat dengan AlQuran. Kesedaran untuk terus meningkatkan diri dalam penguasaan AlQuran menjadi
MAJLIS RAMAH MESRA DAN HI-TEA WANITA IKRAM DAN NGO WANITA ISLAM KELANTAN
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt satu pertemuan ramah mesra telah diatur dan berlangsung bagi mengeratkan hubungan diantara Wanita IKRAM dan NGO Wanita Kelantan seperti PERKEP, MACMA, HAWA, Yayasan Murni serta para
MPN KELANTAN 2015 MEDAN MUHASABAH AMAL
25 April 2015, Kota Bharu - Mesyuarat Perwakilan Negeri IKRAM Kelantan berlangsung dengan kehadiran perwakilan dari 5 daerah IKRAM Kelantan. Jemputan perasmi istimewa dari, Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Ustaz
Tuesday, 31 March 2015 08:00

ANAK MUDA KELANTAN MERIAHKAN HIKAM 2015

Rate this item
(0 votes)

hikam1

KOTA BHARU, 25 APRIL 2015 (SABTU) - Sempena kehadiran Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus di Kelantan, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa dengan kerjasama Jawatankuasa Belia & Remaja (JKBR) Negeri Kelantan dan Pertubuhan IKRAM Daerah

Kota Bharu mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu sesi khas Timbalan Presiden bersama anak muda. Sesi ini dikenali sebagai Himpunan Anak Muda IKRAM Kelantan (HIKAM) 2015 yangberlangsung di ruang solat Masjid Al-Banna bertempat di Kompleks Pendidikan Aman Binjai.


HIKAM 2015 dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 100 anak muda IKRAM Kelantan yang terdiri daripada ahli IKRAM Siswa dan belia IKRAM Kelantan serta pimpinan pelajar BADAR Sekolah Menengah Islam Aman, Binjai. Dalam majlis ini, Timbalan Presiden menyeru anak muda untuk menggembleng tenaga dan khidmat dalam mengarusperdanakan fikrah negara rahmah dengan mengambil ibrah dari surah Yusuf ayat 108,

‘Katakanlah (wahai Muhammad): "inilah jalanku; aku dan dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata; (dan aku menegaskan:) Maha Suci Allah (daripada segala i'tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

Ustaz Hasanuddin juga turut menegaskan bahawa anak muda perlu mempunyai jiwa yang ahrar (bebas) dan abrar (baik), bebas serta berani menyatakan kebenaran tetapi terpandu oleh kebaikan. Dua elemen ini menjadikan anak muda tidak hanya menjadi pengikut tanpa memahami tujuan, sebaliknya melahirkan pemuda yang berani dan tegas dengan kebenaran.

Dalam sesi penggulungan sebelum HIKAM 2015 menutup tirai, 4 wakil anak muda yang terdiri dari wakil remaja, mahasiswa dan belia berpeluang menyuarakan pandangan dan menyampaikan penghargaan buat kepimpinan IKRAM yang tidak jemu menyantuni anak muda dan sentiasa memperuntukkan masa untuk duduk bersama walau dalam kesibukan tanggungjawab yang lain.

Puan Sharifa Azlin Hamid mewakili suara belia wanita berkongsi 4 elemen penting untuk diteliti oleh setiap yang bergelar da’ie di bawah kata kunci, P.A.C.U: P – Preparation (persiapan sebagai da’ie), A – Aim high (Cita-cita yang tinggi)/ Attitude (Sikap), C – Challenges (Cabaran) dan U = Ubudiyyah (Pengabdian diri kepada Allah semata).

Turut hadir memberi sokongan dalam majlis tersebut ialah YDP IKRAM Kelantan, Ustaz Dr Mohd Shaarani Mohd Naim dan YDP IKRAM Daerah Kota Bharu, Dr. Adam Sapran serta beberapa lagi ahli jawatankuasa negeri dan daerah IKRAM Kelantan. Semoga dengan kehadiran wakil pimpinan IKRAM Kelantan ini menyuntik semangat anak muda untuk terus menyemarakkan dakwah dan tarbiah di bumi Kelantan ini. Majlis berakhir sekitar 11.30 malam. Semoga dari perhimpunan ini, bakal melahirkan generasi da’ie yang punya hamasah yang tinggi dari takungan yang baik demi memacu bumi Malaysia menuju negara rahmah, insyaallah

Read 1039 times Last modified on Wednesday, 13 May 2015 22:34

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Kelantan

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Kelantan

Lot 3496, Jln Tali Air Binjai, 16150, Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : +6097461702

Our website is protected by DMC Firewall!