wrapper

Berita Terkini

الإثنين 1 ربيع الأوّل 1439   |   Monday November 20 2017
MAP - Sayangi Diri Hiasi Peribadi
  Khamis 10/8/2017 @ Sekolah Rendah Islam Aman Machang Alhamdulillah pada 10hb Ogos, team MAP Kelantan yang diwakili oleh Pn Nurhafiza telah diberi peluang untuk menyantuni anak-anak Sekolah Rendah Islam Aman
Daurah Tajwid Mendekatkan Para Peserta Dengan AlQuran
Alhamdulillah pada 16 Januari 2016 telah berlangsung Daurah Tajwid siri pertama yang mengajak para peserta untuk terus terikat dengan AlQuran. Kesedaran untuk terus meningkatkan diri dalam penguasaan AlQuran menjadi
MAJLIS RAMAH MESRA DAN HI-TEA WANITA IKRAM DAN NGO WANITA ISLAM KELANTAN
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt satu pertemuan ramah mesra telah diatur dan berlangsung bagi mengeratkan hubungan diantara Wanita IKRAM dan NGO Wanita Kelantan seperti PERKEP, MACMA, HAWA, Yayasan Murni serta para
MPN KELANTAN 2015 MEDAN MUHASABAH AMAL
25 April 2015, Kota Bharu - Mesyuarat Perwakilan Negeri IKRAM Kelantan berlangsung dengan kehadiran perwakilan dari 5 daerah IKRAM Kelantan. Jemputan perasmi istimewa dari, Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Ustaz
Tuesday, 31 March 2015 00:00

I-JUNIOR QURANIC ADVENTURE - GENERASI QURAN PELAPIS PERJUANGAN DAKWAH

Rate this item
(0 votes)

IJR2

1 Mei 2015, Kota Bharu, - Alhamdulillah, telah berlangsung program Hafazan I-Junior Quranic Adventure, bertempat di tadika Ijunior Day Care Centre, Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu. Program yang dianjurkan oleh Wanita Ikram Kelantan di bawah jawatankuasa Aulad ini, berfokuskan melahirkan generasi anak-anak yang menghafazal Al Quran serta dapat membacanya dengan baik. 

Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Sabariah bt Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Aulad Wanita Ikram Kelantan. Katanya, “Anak-Anak harus diambil berat pendidikan meraka seawal yang boleh dan mereka harus dikumpulkan berada dalam bi’ah yang solehah”.Al-Quranlah didikan yang terbaik.Turut hadir menyampaikan taklimat kepada ibubapa adalah Ustazah Normah bt Kasim yang menekankan pentingnya pembacaan al-Quran yang betul. Tidak mungkin tercapai matlamat pembacaan al-Quran dengan tajwid yang betul (fardu ‘ain) kecuali terlebih dahulu mempelajarinya. Ini kerana tidak ada seorang pun di dunia ini yang dilahirkan dengan kepandaian dalam sesuatu ilmu kecuali dia mempelajarinya terlebih dahulu. Anak-anak kecil ini akan diperdengarkan bacaan mereka kepada guru tadika Ijunior serta fasilitator yang mahir dalam AlQuran.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda: Daripada Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”
IJR4IJR3Justeru itu, dengan adanya program ini, diharap dapat mengelakkan anak-anak dari terlibat dalam kegiatan yang tidak berfaedah. Program Hafazan I-Junior Quranic Adventure ini akan dikendalikan selama 2 jam secara berkala, yakni setiap hari jumaat dari 9 pagi sehingga 11 pagi.

Turut hadir memeriahkan program ini adalah Pn. Norhafipah bt Md Rusdi, Pengerus iIjunior Day Care Centre serta Dr. Anisah Ahmad, Jawatankuasa Aulad IKRAM Daerah Kota Bharu dan Dr. Syirlina Irma bt Ngah, Jawatankuasa Remaja Ikram Kota Bharu yang turut menghantar anaknya ke program tersebut. Program berakhir sekitar jam 11 pagi. Semoga dengan program yang dijalankan ini, bakal melahirkan generasi umat islam yang mempunyai syahsiah islamiah yang baik seterusnya penerus kepada perjuangan dakwah kelak.

 

Read 959 times Last modified on Wednesday, 13 May 2015 12:02

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Kelantan

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Kelantan

Lot 3496, Jln Tali Air Binjai, 16150, Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : +6097461702

Our website is protected by DMC Firewall!