wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 19 شعبان 1440   |   Thursday 25 April 2019
RM1.1 Juta - Econsave Bersama MyCARE Johor Membangun Semula Sekolah Anak-anak Yatim As Soleh &
Johor Bahru, 5 Ogos 2016 - Sejumlah RM1.1juta telah berjaya dikumpul dan majlis khas penyerahan cek kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah disampaikan di dalam satu majlis di Hotel M-Suite Johor
Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF)
KENYATAAN MEDIA Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor. 7 Ogos 2016 bersamaan 4 Zulkaedah 1437H Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Ihya Ramadan Kembara Ummah Meriah di Desaru
Kota Tinggi - 27 Mei. Telah berlangsung Program Ihya Ramadan Kembara Ummah di Desaru Utama Community Centre Kota Tinggi. Program tersebut adalah anjuran bersama MyCARE Johor, GEMA Johor dan KRT Zon 3 Taman Desaru Utama.
Mesyuarat Kerjasama IKRAM Johor dan Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor
Senai, 22 Jun 2016 - Saudara Ahmad Daniel Sharudin (PSU IKRAM Johor) dan Ustaz Mohd Hairozi Muhammad (Pengerusi JK Pembangunan Umat IKRAM Johor) telah menghadiri mesyuarat anjuran Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor

Di Sebalik Kesusahan

Kesulitan

Jika dipandang sekali imbas, kita dapati ada manusia yang senang hidupnya, ada pula yang susah. Namun, jika diamati dengan lebih teliti kita akan dapati setiap orang ada melalui saat-saat susah dan senang, derita dan bahagia. Cuma perspektif bahagia dan derita itu mungkin berbeza, tidak sama antara yang miskin dan yang kaya. Adakalanya jika dilihat dari jauh, seorang itu dilihat senang dan bahagia, namun realitinya jauh berbeza. Dia mungkin banyak wang dan kaya dengan harta tapi hidupnya sengsara. Ada pula yang sebaliknya. Ada juga manusia yang miskin dan sengsara hatinya. Pelbagai keadaan boleh berlaku pada setiap individu bergantung pada realiti kehidupan masing-masing.

Allah s.w.t berfirman dalam al-qur’an :

(5.) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6.) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Ayat al-quran ini mengajar kita supaya bersabar dalam menghadapi cabaran kehidupan dan dugaan dalam usaha yang sedang dilakukan. Ada kalanya kesukaran yang terpaksa dilalui itu amat mencabar dan menggoncang keimanan. Namun Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa di sebalik kesusahan itu ada kemudahan. Benar, setelah penat berusaha memerah otak dan tenaga, kejayaan dicapai. Pengorbanan ibu-bapa yang bekerja keras dan membelanjakan harta untuk pendidikan anak-anak mereka menghasilkan generasi yang lebih terpelajar dan mempunyai tahap sosio-ekonomi yang lebih baik dari mereka. Kesulitan mereka digantikan oleh Allah s.w.t. dengan kemudahan.

Namun ada kala ianya seolah-olah tidak begitu. Mengapa ada orang yang terpaksa menempuh kesusahan demi kesusahan seolah-olah tiada penghujung? Ada yang sakit menderita, tak sembuh, sembuh. Mengapa begitu? Mungkin ada orang yang cenderung mengatakan ayat di atas tidak boleh diaplikasi dalam sesetengah situasi sehingga mungkin ada yang tidak yakin dengan janji Allah itu.

Sahabat,

Kita perlu mendidik hati kita supaya sentiasa percaya dan yakin kepada Allah dan kepada ayat-ayat Allah dalam al-Qur’an. Tidak mungkin Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Kaya itu memungkiri janji. Pernahkah kita terbayang bahawa Tuhan Yang Maha Mengetahui itu memahami apa yang akan berlaku kepada diri kita jika kesenangan itu didatangkan serta-merta selepas kesulitan. Mungkin jika kita diberi kesenangan itu, kita akan hanyut lalai, menjadi angkuh dan sombong sehingga tidak lagi mentaati Allah. Tidakkah mungkin Allah yang menyayangi kita memberikan keputusanNya itu untuk kebaikan diri kita juga? Lalu kesenangan itu ditangguhkan diberi kemudian nanti, di saat yang lebih sesuai sama ada semasa kita masih hidup maupun setelah kita mati.

Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah azzawajalla dan sentiasa berharap padaNya. Dia yang Maha Mengetahui. Dia juga Yang Maha Pengasihani. Dia Yang Maha Penyayang, Maha Pemurah. Dengan semua sifat-sifat itu sudah pasti apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik untuk ketika itu. Beryukurlah dan redhalah dengan segala pemberian Tuhan Yang Maha Kaya.

Nukilan asal: Prof. Dr. Arshad Ahmad
Hidup Suatu Pendakian

Read more...

Majlis Jalinan Mesra Sempena Aidilfitri IKRAM Johor 2015

eid2015 3


Foto di sekitar Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Pertubuhan Ikram Negeri Johor yang diadakan di Kompleks Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru pada 1 Ogos 2015. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Ikram Malaysia, Tuan Hj Nahar bin Md Nor. Pada majlis yang sama berlangsung juga penyerahan cek bernilai RM51,000 daripada IMAN ELC, sebuah syarikat yang menyelenggarakan rangkaian tadika dan penjagaan anak-anak terkenal di Johor kepada MyCARE yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya iaitu Puan Hjh Mahayati Ibrahim kepada Pengurus MyCARE Johor, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.


eid2015 2

eid2015 4

eid2015 1

Koleksi foto selanjutnya boleh dilayari di facebook IKRAM Johor
Read more...

Lawatan Pegawai Pendidikan Brunei - Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 5 Februari 2015 - Satu lawatan kerja telah diadakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam ke Pusat Pendidikan Hidayah, Johor Bahru pada 5 Februari 2015. Objektif umum lawatan ini adalah bagi meninjau keberkesanan sistem pentaksiran pelajar yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH. Tujuh orang pegawai daripada Brunei ini telah diketuai oleh Hj Md Yusof Hj Tengah, Pegawai Pelajaran Kanan dan juga turut disertai oleh wakil daripada Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Pn Hajijah bt Hj Moktal. Taklimat, perbincangan dua hala antara kedua belah pihak serta penyampaian cenderahati dan sijil berlangsung pada sesi pagi. Di sebelah petang, para delegasi sempat meninjau program 'Keluarga Penyayang' yang dijalankan dikalangan pelajar Sekolah Islam Hidayah




Di sekitar lawatan kerja pegawai-pegawai Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam ke...

Posted by Ikram Johor on Sunday, 8 February 2015

Read more...

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Johor

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor

No. 10-11 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor

Tel: +607 521 1152 / +01112734566
Faks: +6075211613

Email: [email protected]
Web: http://ikram.org.my/v4/negeri/johor.html

Our website is protected by DMC Firewall!