Print this page
Tuesday, 09 August 2016 08:00

Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF)

Rate this item
(0 votes)


KENYATAAN MEDIA 

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor. 
7 Ogos 2016 bersamaan 4 Zulkaedah 1437H

Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor mengambil maklum dan menzahirkan sokongan padu ke atas pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) oleh KDYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada hari Sabtu 6 hb Ogos 2016.

Di kesempatan ini Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor menjunjung kasih kepada KDYMM Sultan di atas usaha murni tersebut.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor juga memanjatkan doa agar usaha ini membuahkan kejayaan gemilang dan mendapat rahmat, berkat dan ganjaran pahala berpanjangan dari Allah swt kepada seluruh negeri Johor umumnya, insyaAllah.

Tahniah sekali lagi.

Prof Madya Ustaz Dr. Hj Ajmain bin Safar.

Yang Di Pertua 
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor

Read 2963 times Last modified on Tuesday, 09 August 2016 18:50

Related items

Our website is protected by DMC Firewall!