wrapper

Berita Terkini

الجمعة 28 رمضان 1438   |   Friday June 23 2017
RM1.1 Juta - Econsave Bersama MyCARE Johor Membangun Semula Sekolah Anak-anak Yatim As Soleh &
Johor Bahru, 5 Ogos 2016 - Sejumlah RM1.1juta telah berjaya dikumpul dan majlis khas penyerahan cek kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah disampaikan di dalam satu majlis di Hotel M-Suite Johor
Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF)
KENYATAAN MEDIA Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor. 7 Ogos 2016 bersamaan 4 Zulkaedah 1437H Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Ihya Ramadan Kembara Ummah Meriah di Desaru
Kota Tinggi - 27 Mei. Telah berlangsung Program Ihya Ramadan Kembara Ummah di Desaru Utama Community Centre Kota Tinggi. Program tersebut adalah anjuran bersama MyCARE Johor, GEMA Johor dan KRT Zon 3 Taman Desaru Utama.
Mesyuarat Kerjasama IKRAM Johor dan Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor
Senai, 22 Jun 2016 - Saudara Ahmad Daniel Sharudin (PSU IKRAM Johor) dan Ustaz Mohd Hairozi Muhammad (Pengerusi JK Pembangunan Umat IKRAM Johor) telah menghadiri mesyuarat anjuran Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor



Rabu (30 MAC 2016), Skudai- Pelancaran Briged Sukarelawan MyCARE Sekretriat Negeri Johor telah dilancarkan bertempat di Dewan al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Pelancaran ini bermula jam 8.45 malam dan berakhir pada 11.45 malam. Program ini dihadiri oleh para sukarelawan dari pelbagai latar. Antaranya wakil dari IKRAM Siswa UTM, IKRAM Siswa UTHM, Iman ELC, IKRAM Pontian, IKRAM Bandaraya Johor Bahru (BJB), Sekolah Rendah Islam Hidayah dan beberapa wakil dari daerah lain.

Pelancaran Briged Sukarelawan MyCARE Johor adalah bagi mewujudkan kumpulan sukarelawan yang sentiasa bersedia untuk menyumbang khidmat dari segi masa, tenaga dan harta tanpa mengharapkan ganjaran. Para sukarelawan ini juga akan diberikan latihan kesukarelawan. Ini penting bagi mereka untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Para sukarelawan juga berpeluang untuk pergi ke kawasan kemusnahan untuk menyampaikan bantuan.

Pada pelancaran itu juga, para hadirin berpeluang untuk mendengar sendiri pengalaman dari Dr Hisham Rasidi, iaitu seorang aktivis dan Head of UTM Community Engagement Project di bawah TNCP yang berpengalaman mengenai sukarelawan di Indonesia, kawasan Felda dan juga terlibat di dalam misi banjir di kawasan Pantai Timur.

Selain daripada itu, para sukarelawan juga telah didedahkan dengan peranan pihak MyCARE dari sudut kempen kesedaran, kesukarelawanan, serta pengalaman ketika misi bantuan kemanusiaan di kawasan Palestin, Syria, Iraq, Rohingya, Nepal dan kawasan yang dilanda bencana.

Para sukarelawan yang telah berdaftar sebagai ahli Briged Sukarelawan MyCARE, para sukarelawan akan mengikuti modul-modul yang telah disusun oleh pihak MyCARE Pusat secara berperingkat.Ini bagi menambahkan kefahaman dan mempersiapkan diri menjadi seorang sukarelawan yang bergerak aktif dan melaksanakan tugasan dengan penuh dedikasi. Diharapkan dengan usaha ini dapat membantu saudara seagama kita. Moga Allah redha dengan usaha ini.

Tuesday, 29 March 2016 00:00

Sekolah Sumbang RM70,000 untuk Murid Palestin

Written by

JOHOR BAHRU – Lebih RM70,000 telah berjaya dikumpulkan di sekolah-sekolah seluruh negeri Johor untuk disalurkan kepada kanak-kanak dan sekolah di Palestin. Jumlah itu merupakan hasil Kempen “Bag to School” yang dilancarkan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Negeri Johor sejak Ogos lalu.

Menurut pengerusinya, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, kempen tersebut telah dijalankan di 27 buah sekolah di negeri ini dengan mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Beliau berkata demikian dalam Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Sumbangan Kemanusiaan di sebuah hotel di sini. Dalam majlis tersebut, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ, Hj. Yasman Jamsir telah menyempurnakan penyampaian sumbangan sebanyak RM 72,352.80 kepada MyCare. Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, PPD Kulai, dan sekolah-sekolah terpilih serta para aktivis MyCare dan wakil pelajar Palestin di Malaysia.

“Sebahagian hasil sumbangan tersebut kita telah sampaikan kepada wakil kami di Gaza untuk diserahkan kepada anak-anak yatim dan miskin yang sangat ramai di sana,” kata Dr. Mohd. Zin.

“Kita sasarkan untuk mendapatkan sumbangan yang lebih tinggi pada tahun ini dengan pertambahan sekolah-sekolah yang berminat untuk berkerjasama dengan kita,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Hj Yasman dalam ucapannya pula menzahirkan sokongan penuh pihak JPNJ kepada program-program anjuran MyCare di sekolah-sekolah di negeri ini.

“Pada saya, program-program seperti ini sangat sesuai untuk murid-murid kita. Kita perlu tanamkan semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan dalam diri mereka sepertimana terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan,” tegasnya.

Turut berlangsung penyampaian sijil penghargaan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut. Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) terpilih sebagai sekolah yang berjaya mengumpul jumlah sumbangan tertinggi manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya pula terpilih sebagai sekolah yang paling aktif dalam memberi sumbangan kepada program-program MyCare. – IKRAMedia Johor

Sunday, 27 March 2016 00:00

Siapa Dia Di Hati Kita?

Written by

Bila ditanya siapa yang paling kita cintai, pasti jawapannya adalah Allah.
Malangnya cinta itu bukan sekadar pemanis bicara atau hebat pengakuannya,
hakikatnya adalah sejauh mana kita membuktikan kita cinta kepada Dia.

CINTAILAH ALLAH SEJUJURNYA, SEPERTIMANA RASULULLAH
S.A.W MENCINTAI RABBNYA. ALANGKAH INDAH! LEBIH DARI BIASA,
MENUTURKAN CINTA SEBENAR-BENARNYA.

Jika keluh kesah kita diceritakan kepada ibu sambil menangis seperti anak kecil,
menangislah pada Allah untuk ketika ini.

Jika bahagianya kita dikongsi bersama sahabat-sahabat sehingga tidak lepas senyum dari bibir, kongsikan juga pada Allah sambil tersenyum sendiri.

Hakikatnya, adakah ada di antara kita yang benar-benar melayani Allah seperti dia melayani insan yang dia cintai?

Sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk berdialog dengan insan teristimewa.
Tapi…
Berapa jam dalam sehari kita peruntukkan untuk berdialog dengan Allah?

Adakah lima minit selepas selesai solat fardhu adalah satu-satunya masa kita berdialog denganNya?

Adakah lima minit itu adalah masa yang cukup berkualiti untuk kita persembahkan kecintaan yang sewajarnya?

Tahu tak, apakah di antara perencah cinta dan kasih sayang?
Ianya adalah percaya dan memberi masa.
Dengan percayalah kita akan sentiasa tercari-cari Dia,
Dan semakin banyak komunikasi dan masa terluang antara keduanya,
Itu adalah permulaan bagi sebuah cinta.

Berapa lama sudah kita menipu diri kita sendiri?
Mengatakan cinta teragung kita adalah Allah.
Tapi sikit sekali kita berbagi masa dan berkomunikasi denganNya.
Apatah lagi tahapan percaya kita pada Dia?
Allah sedikit sekali….
Kalau tidak, masakan apa yang berlaku dalam sehari-hari hidup kita,
bukan Dia yang pertama kita cari?

Tapi setelah penat mencari-cari tapi masih tidak ketemu,
waktu itulah kita akan pulang pada Dia.

Walaupun kita tidak pernah terlambat untuk pulang pada Allah,
Sejujurnya aku tahu kita semua mengerti bagaimana sakitnya menjadi pilihan kedua.Jika Allah bukan pertama yang kita cari dalam hidup kita,
Bagaimana mungkin kita menjadi yang pertama pada pandangan Dia?

Carilah Allah hatta sekecil-kecil perkara,
“Ya Allah, ke mana agaknya aku perlu makan malam hari ni?”
“Ya Allah, pergi program atau siapkan assignment?”
“Ya Allah, aku nervous nak present hari ni!”
“Ya Allah, hari ni aku baru dapat anak buah baru!”
“Ya Allah, penatnya aku hari ni…”

Ini kan dialog kita seringkali ucap pada orang yang kita sayang…
Nah.. cuba cerita pada Allah pula.
Tak perlu tadah tangan, hanya sekadar lintasan hati juga sudah memadai.

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.” [Al-Mulk: 13]

Kita seringkali terasa tiada jawapan yang aku peroleh sekiranya berdialog dengan Allah.
Hakikatnya…
Ketenangan hati yang kau dapat hari ni atas pilihan engkau…
Adakah engkau sedang menafikan siapa Pemberi nya?Jalan yang engkau sedang bertatih diatasnya..
Adakah engkau sedang menidakkan siapa yang membentangnya untuk mu?Urusanmu yang sukar satu masa dahulu, kini telah selesai dengan jayanya..
Adakah kau tidak sedar siapa yang memudahkannya?

Hatta sekali pun manusia yang membantumu,
ketahuilah Allah yang mengirim bantuan itu melalui mereka.

Tiada satu pun yang terjadi dalam dunia ni adalah kebetulan,
melainkan semuanya adalah aturan Allah.

Setiap yang kita cinta dalam dunia ini adalam milik Dia.

Bagaimana kita mampu mencintai segala ciptaanNya,
sedang kita tidak mampu mencintai Penciptanya?

Cintailah apa yang kamu cintai di dunia ni apa adanya,
Kerana semuanya milik Allah.
Cepat atau lambat ia akan kembali pada Pemiliknya.

Katakanlah, “Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, makan tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik.” [At-Taubah: 24]

Setelah terlalu banyak nikmat yang Allah beri sehingga hari ini,

BERAPA LAMA LAGI MASA AGAKNYA KITA PERLU UNTUK KITA
BENAR-BENAR MENCINTAI DIA?

Maziah Munirah
Aktivis IKRAM Siswa UTM

Artikel asal:
Siapa Dia Di Hati Kita?

Oct30 ceramah mycare2


KOTA TINGGI, 30 Oktober 2015: Satu ceramah Untukmu Palestin telah berlangsung bersempena dengan Karnival JOM HEBOH Peringkat Sekolah sekaligus mempromosikan Kempen Kesedaran & Kesukarelawanan MyCARE Johor yg telah diadakan sekitar 8.30 malam - 10.30 malam di Sekolah Rendah Felda Pengeli, Bandar Tenggara, Kota Tinggi Johor.

Ceramah yang disampaikan oleh Md Nor Azan B. Hj Said @ Abd Kadir, Aktivis MyCARE @ Sukarelawan ke Gaza (Misi A2G12 Emergency Relief) yang juga Pengerusi Belia IKRAM Pasir Gudang, berkisarkan kepada perkongsian tayangan multimedia Mensyukuri Nikmat Allah Beri, Memelihara Hubungan Baik Sesama Manusia.

Perkongsian khas kisah anak-anak di Palestin, juga sedikit situasi di Syria yang diuji ketika ini & peranan kita sebagai umat Islam di Malaysia. 

Terima Kasih diucapkan kepada pihak sekolah, Guru Besar, AJK PIBG, semua warga sekolah serta penduduk sekitar Bandar Tenggara kerana sudi memberikan slot khas sempena Karnival JOM HEBOH @ Kempen Kesedaran untuk sama-sama terlibat sebagai Sukarelawan demi membantu saudara kita di Palestin khususnya serta seluruh dunia bersama membantu Kempen Back To School.

 





Page 3 of 10

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Johor

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor

No. 10-11 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor

Tel: +607 521 1152 / +01112734566
Faks: +6075211613

Email: Johor@ikram.org.my
Web: http://ikram.org.my/v4/negeri/johor.html

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd