wrapper

Berita Terkini

الجمعة 1 شعبان 1438   |   Friday April 28 2017
RM1.1 Juta - Econsave Bersama MyCARE Johor Membangun Semula Sekolah Anak-anak Yatim As Soleh &
Johor Bahru, 5 Ogos 2016 - Sejumlah RM1.1juta telah berjaya dikumpul dan majlis khas penyerahan cek kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah disampaikan di dalam satu majlis di Hotel M-Suite Johor
Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF)
KENYATAAN MEDIA Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor. 7 Ogos 2016 bersamaan 4 Zulkaedah 1437H Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Ihya Ramadan Kembara Ummah Meriah di Desaru
Kota Tinggi - 27 Mei. Telah berlangsung Program Ihya Ramadan Kembara Ummah di Desaru Utama Community Centre Kota Tinggi. Program tersebut adalah anjuran bersama MyCARE Johor, GEMA Johor dan KRT Zon 3 Taman Desaru Utama.
Mesyuarat Kerjasama IKRAM Johor dan Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor
Senai, 22 Jun 2016 - Saudara Ahmad Daniel Sharudin (PSU IKRAM Johor) dan Ustaz Mohd Hairozi Muhammad (Pengerusi JK Pembangunan Umat IKRAM Johor) telah menghadiri mesyuarat anjuran Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor
Friday, 07 August 2015 00:00

Di Sebalik Kesusahan

Written by

Kesulitan

Jika dipandang sekali imbas, kita dapati ada manusia yang senang hidupnya, ada pula yang susah. Namun, jika diamati dengan lebih teliti kita akan dapati setiap orang ada melalui saat-saat susah dan senang, derita dan bahagia. Cuma perspektif bahagia dan derita itu mungkin berbeza, tidak sama antara yang miskin dan yang kaya. Adakalanya jika dilihat dari jauh, seorang itu dilihat senang dan bahagia, namun realitinya jauh berbeza. Dia mungkin banyak wang dan kaya dengan harta tapi hidupnya sengsara. Ada pula yang sebaliknya. Ada juga manusia yang miskin dan sengsara hatinya. Pelbagai keadaan boleh berlaku pada setiap individu bergantung pada realiti kehidupan masing-masing.

Allah s.w.t berfirman dalam al-qur’an :

(5.) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6.) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Ayat al-quran ini mengajar kita supaya bersabar dalam menghadapi cabaran kehidupan dan dugaan dalam usaha yang sedang dilakukan. Ada kalanya kesukaran yang terpaksa dilalui itu amat mencabar dan menggoncang keimanan. Namun Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa di sebalik kesusahan itu ada kemudahan. Benar, setelah penat berusaha memerah otak dan tenaga, kejayaan dicapai. Pengorbanan ibu-bapa yang bekerja keras dan membelanjakan harta untuk pendidikan anak-anak mereka menghasilkan generasi yang lebih terpelajar dan mempunyai tahap sosio-ekonomi yang lebih baik dari mereka. Kesulitan mereka digantikan oleh Allah s.w.t. dengan kemudahan.

Namun ada kala ianya seolah-olah tidak begitu. Mengapa ada orang yang terpaksa menempuh kesusahan demi kesusahan seolah-olah tiada penghujung? Ada yang sakit menderita, tak sembuh, sembuh. Mengapa begitu? Mungkin ada orang yang cenderung mengatakan ayat di atas tidak boleh diaplikasi dalam sesetengah situasi sehingga mungkin ada yang tidak yakin dengan janji Allah itu.

Sahabat,

Kita perlu mendidik hati kita supaya sentiasa percaya dan yakin kepada Allah dan kepada ayat-ayat Allah dalam al-Qur’an. Tidak mungkin Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Kaya itu memungkiri janji. Pernahkah kita terbayang bahawa Tuhan Yang Maha Mengetahui itu memahami apa yang akan berlaku kepada diri kita jika kesenangan itu didatangkan serta-merta selepas kesulitan. Mungkin jika kita diberi kesenangan itu, kita akan hanyut lalai, menjadi angkuh dan sombong sehingga tidak lagi mentaati Allah. Tidakkah mungkin Allah yang menyayangi kita memberikan keputusanNya itu untuk kebaikan diri kita juga? Lalu kesenangan itu ditangguhkan diberi kemudian nanti, di saat yang lebih sesuai sama ada semasa kita masih hidup maupun setelah kita mati.

Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah azzawajalla dan sentiasa berharap padaNya. Dia yang Maha Mengetahui. Dia juga Yang Maha Pengasihani. Dia Yang Maha Penyayang, Maha Pemurah. Dengan semua sifat-sifat itu sudah pasti apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik untuk ketika itu. Beryukurlah dan redhalah dengan segala pemberian Tuhan Yang Maha Kaya.

Nukilan asal: Prof. Dr. Arshad Ahmad
Hidup Suatu Pendakian

eid2015 3


Foto di sekitar Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Pertubuhan Ikram Negeri Johor yang diadakan di Kompleks Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru pada 1 Ogos 2015. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Ikram Malaysia, Tuan Hj Nahar bin Md Nor. Pada majlis yang sama berlangsung juga penyerahan cek bernilai RM51,000 daripada IMAN ELC, sebuah syarikat yang menyelenggarakan rangkaian tadika dan penjagaan anak-anak terkenal di Johor kepada MyCARE yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya iaitu Puan Hjh Mahayati Ibrahim kepada Pengurus MyCARE Johor, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.


eid2015 2

eid2015 4

eid2015 1

Koleksi foto selanjutnya boleh dilayari di facebook IKRAM Johor
Thursday, 07 May 2015 00:00

Untuk Sahabatku Para Sukarelawan

Written by

sukarelawan copyAmal sukarelawan

Sheikh berkata, permulaannya susah, tetapi penutupnya manis. Itu telah cukup untuk menggambarkan misi kemanusiaan. Memang banyak cabaran perlu dilalui – perjalanan yang jauh dan sukar, belanja dan tenaga yang perlu dicurah – namun di penghujungnya jiwa yang suci pasti dapat merasai kemanisan.

Senyuman yang terukir di wajah mereka telah cukup untuk menghilangkan lelah. Selut dan lumpur yang berjaya dibersihkan cukup memberikan kepuasan. Apatah lagi persaudaraan dan persahabatan yang dibina di sepanjang perjalanan, ianya ganjaran berharga yang sukar dinilai. Kebersamaan di medan amal kebajikan bakal membuahkan persahabatan yang diredha Tuhan.

Allah memerintahkan orang beriman supaya bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam melakukan perbuatan baik, iaitu perkara kebajikan (al-birr), dan menegah mereka daripada tolong-menolong dalam perkara kebatilan, dan melarang mereka bantu-membantu dan bekerjama dalam perkara haram dan dosa. Ini dijelaskanNya dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah: 2)

Fokus

Wahai sahabat, fokuskan dirimu kepada menabur bakti. Yang sedang ditimpa bencana perlu dibantu dan disantun. Walaupun kecil bantuanmu ianya tetap memberikan pengharapan. Dapat memujuk hati yang lara. Dapat menenang fikiran yang keliru. Berikan sepenuh fokusmu kepada gerak kerja dan jangan biarkan kecerdasan otakmu menjadikanmu terlalu kritis. Di saat menghantar bantuan, usah ditanya kenapa berlaku bencana ini. Usah dinilai sama ada ianya ujian ataupun hukuman. Usah disoal kenapa pihak berwajib tidak cekap melaksanakan tanggung-jawab. Semua itu boleh dikaji kelak bila pulang ke rumah. Gunakan segala kebolehan untuk menabur bakti kepada yang malang. Empati lebih bernilai di saat ini berbanding analisis. Perbanyakkan amalmu dan ambil iktibar dari apa yang berlaku kerana dalam setiap peristiwa, pasti banyak pengajarannya.

Jaga hatimu

Wahai sahabat, Aku mengajakmu merenung sejenak kepada sabda Rasulullah s.a.w.

Dari Jundub bin Abdullah bin Sufyan r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang memperlihatkan amalannya kerana riya’ maka Allah akan memperlihatkan dan barangsiapa yang berbuat ria’, maka Allah akan menampakkan riya’ itu.” (Muttafaq alaih)

Ingatlah, apa saja yang ada dalam hati, semuanya diketahui oleh Allah s.w.t. dan di akhirat kelak, semua itu akan dinilai. Keikhlasan adalah prasyarat bagi amal untuk diterima Allah. Rugilah orang yang tidak menjaga keikhlasan hati.

Namun, ini tidak sepatutnya menghalang seseorang dari beramal di tengah-tengah masyarakat seperti menghulurkan bantuan ketika bencana, yang sememangnya akan dilihat orang, malah ada kalanya memperkenalkan diri itu adalah amat penting bagi memudahkan perlaksanaan. Malah tidak menjadi isu jika anda dipuji kerana ini juga telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Zar r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seseorang lelaki yang mengerjakan suatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang ramai kerana amalannya itu?” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mu’min yang diterima secara segera – yakni ketika masih di dunia sudah dapat merasakan kenikmatannya." (Riwayat Muslim)

Namun, janganlah pula kita berbangga bila dipuji hingga timbul perasaan ujub yang dikeji. May Allah protect us all from the sins of our hearts and purify our soul so that we’ll continue to progress each day as a better Muslim.

Nukilan: Prof. Dr. Arshad Ahmad
Untuk Sahabatku Para Sukarelawan

Friday, 01 May 2015 00:00

Perhimpunan Ahli IKRAM Johor 2015

Written by

MMNR2

Perhimpunan Ahli IKRAM Johor 2015 bertempat di Dewan Creator Hotel, Kulaijyaya, Johor Darul Takzim. Perhimpunan ini telah berlangsung selama empat jam bermula dari 8.30 pagi hingga ke 12.30 tengah hari. Seramai kira-kira  500 hadirin telah menghadiri perhimpunan ini yang terdiri daripada ahli Dewan Perwakilan Nasional, pimpinan-pimpinan negeri dan daerah Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor serta ahli-ahli IKRAM Johor. Ia juga telah dihadiri oleh ADUN Senai, Yang Berhormat Wong Shu Qi serta wakil-wakil daripada beberapa badan bukan kerajaan yang lain antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). Perhimpunan ini dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, iaitu  Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.

  

Malaysia Menuju Negara Rahmah

Posted by Ikram Johor on Saturday, 25 April 2015
 

Malaysia Menuju Negara Rahmah

Posted by Ikram Johor on Saturday, 25 April 2015
 

Malaysia Menuju Negara Rahmah

Posted by Ikram Johor on Sunday, 26 April 2015

 

Page 4 of 10

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Johor

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor

No. 10-11 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor

Tel: +607 521 1152 / +01112734566
Faks: +6075211613

Email: Johor@ikram.org.my
Web: http://ikram.org.my/v4/negeri/johor.html

Our website is protected by DMC Firewall!