wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ربيع الأوّل 1441   |   Tuesday 12 November 2019
Tuesday, 22 October 2019 12:41

Sekolah tempat mendidik, elak pengaruh politik kepartian

Rate this item
(0 votes)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
22 Oktober 2019 / 23 Safar 2019

SEKOLAH TEMPAT MENDIDIK, ELAK PENGARUH POLITIK KEPARTIAN

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius usaha menyebarkan komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' (Komik BRI) yang mengandungi unsur propaganda politik kepartian di sekolah-sekolah seperti yang dilaporkan oleh media.

IKRAM berpandangan sekolah merupakan institusi yang mulia bagi mendidik anak-anak menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sepertimana yang ditegaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Komik tersebut yang mengandungi unsur propaganda politik kepartian adalah tidak sesuai untuk diedarkan di sekolah-sekolah.

Pengedarannya di sekolah-sekolah boleh menimbulkan keresahan kepada ibu bapa dan masyarakat, malahan berpotensi mencetuskan salah faham dan ketegangan.

Sebarang usaha untuk menyebarkan propaganda politik kepartian di sekolah adalah satu tindakan yang tidak wajar dan harus dibanteras.

IKRAM membantah apa jua tindakan oleh mana-mana pihak yang boleh menggugat keharmonian, muhibah dan perpaduan nasional.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tidak memberi kelulusan bagi pengedaran komik tersebut kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

IKRAM menyeru semua pihak agar bersatu hati, berkolaborasi dan meningkatkan kompetensi bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 353 times Last modified on Tuesday, 22 October 2019 12:46

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!