wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ربيع الأوّل 1441   |   Tuesday 12 November 2019
Sunday, 13 October 2019 10:59

IKRAM alu-alukan Belanjawan 2020

Rate this item
(0 votes)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
13 Oktober 2019 / 14 Safar 1441H

IKRAM MENGALU-ALUKAN BELANJAWAN 2020

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan Belanjawan 2020 yang dibentangkan YB Menteri Kewangan pada Jumaat, 11 Oktober 2019.

Belanjawan yang dijangka merangsang ekonomi secara menyeluruh ini memberi perhatian kepada seluruh lapisan masyarakat termasuk rakyat miskin bandar, luar bandar, wanita dan orang muda serta penyediaan peluang latihan vokasional.

Dengan peruntukan perbelanjaan sejumlah RM297 bilion, sebanyak RM241 bilion akan dimanfaatkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM56 bilion pula untuk perbelanjaan pembangunan.

IKRAM mengambil maklum komitmen kerajaan kepada sektor pendidikan dengan peruntukan terbesar sebanyak RM64.1 bilion. Peruntukan ini merangkumi pelbagai inisiatif, termasuk membaik pulih sekolah daif, menyediakan kemudahan mesra OKU di sekolah dan peruntukan untuk TVET.

Institusi pendidikan di bawah MARA pula mendapat peruntukan RM1.3 bilion manakala RM2 bilion pula untuk pembiayaan pendidikan.

IKRAM menyambut baik usaha untuk membantu meringankan beban kumpulan yang layak melalui subsidi petrol. Bantuan untuk memiliki rumah pula diberi melalui pembiayaan RM10 bilion dan melalui penyediaan jaminan sebanyak RM3 bilion menerusi program Pembiayaan Sewa untuk memiliki.

Untuk belia dan wanita, #MalaysiaKerja disediakan dengan tujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

Melalui #GraduanKerja dan #WanitaKerja, insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan disediakan selain inisiatif mengatasi pengangguran graduan melalui pengambilan graduan menganggur melebihi 12 bulan. Gaji minimum pula ditingkatkan kepada RM1,200 sebulan di wilayah bandar-bandar utama pada tahun 2020.

Dari aspek kesihatan pula, peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta untuk menyediakan vaksin pneumokokal kepada semua kanak-kanak adalah satu insiatif baru yang patut dipuji.

Kedudukan Islam akan dimartabatkan lagi dengan peningkatan peruntukan bagi hal ehwal Islam kepada RM1.3 bilion manakala Jawatankuasa Khas Kewangan Islam bakal diwujudkan untuk membangunkan ekosistem kewangan Islam.

Tidak dilupa, Imam, Bilal (Muazin), Tok Siak/Noja/Merbot (penjaga masjid) dan Guru Takmir bakal memperolehi bantuan khas sementara Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM100 sebulan.

Pada masa yang sama, IKRAM juga prihatin terhadap perbelanjaan mengurus yang tinggi sebanyak 241 bilion atau 81 peratus daripada keseluruhan belanjawan.

IKRAM yakin kerajaan komited untuk mengambil langkah-langkah wajar untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus. Agenda pengislahan institusi mestilah terus diutamakan, selain usaha-usaha untuk membanteras rasuah dan ketirisan.

Sehubungan itu, pelaksanaan projek-projek dan program-program berdasarkan peruntukan Belanjawan 2020 mestilah dilaksanakan dengan telus, profesional dan inovatif. Aspek pemantauan mestilah diberi perhatian sewajarnya.

Kepada rakyat, IKRAM menggesa agar mengambil peluang yang diberikan dalam Belanjawan 2020 dengan sebaiknya dengan bersikap proaktif demi kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara secara amnya.

Tahniah kepada kerajaan yang telah menyediakan Belanjawan 2020! IKRAM mendoakan agar belanjawan ini akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 457 times Last modified on Sunday, 13 October 2019 12:22

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!