wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 16 صفر 1441   |   Wednesday 16 October 2019
Wednesday, 09 October 2019 11:02

"Saya hargai kehidupan saya"

Rate this item
(0 votes)

KENYATAAN MEDIA
Psikospiritual IKRAM (P.S.I)
Pertubuhan IKRAM Malaysia
11 Safar 1441H / 10 Oktober 2019

HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2019: "SAYA HARGAI KEHIDUPAN SAYA"

Setiap tahun, sejak 10 Oktober 1992, dunia menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia. Sambutan pada tahun ini memberi tumpuan kepada isu pencegahan bunuh diri.

Pada tahun 2016, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang dikenali sebagai WHO, menganggarkan bahawa setiap tahun, lebih kurang 800,000 orang meninggal dunia akibat bunuh diri, dan terdapat ramai lagi individu yang melakukan cubaan bunuh diri setiap tahun.

Dalam 45 tahun kebelakangan, kadar bunuh diri telah meningkat sebanyak 60 peratus di seluruh dunia. Kematian bunuh diri mewakili kadar kematian global dengan nisbah 16 individu setiap 100,000 orang atau satu kematian setiap 40 saat.

Kes bunuh diri boleh berlaku dalam mana-mana peringkat kehidupan dan menjadi penyebab kedua utama bagi kadar kematian dalam kalangan individu yang berumur di antara 15-29 tahun di seluruh dunia pada tahun 2016.

Menjelang tahun 2020, dianggarkan bahawa kadar kematian akan meningkat kepada satu individu setiap 20 saat. Dalam kalangan individu dewasa di seluruh dunia, bagi setiap kes bunuh diri yang berakhir dengan kematian, dianggarkan bahawa lebih daripada 25 individu dewasa lainnya membuat cubaan untuk membunuh diri.

Di Malaysia, kadar bunuh diri telah direkodkan pada anggaran sekitar 2.0 bagi setiap 100,000 orang. Walau bagaimanapun, WHO menganggarkan bahawa kadar bunuh diri di Malaysia adalah 6.2 setiap 100,000 pada tahun 2016 dan menurut rekod Kadar Kajian Penduduk Dunia (World Population Review’s) adalah 5.5 setiap 100,000.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2017 mengenai kesihatan mental dalam kalangan belia berusia 13 ke 17 tahun di Malaysia, mendedahkan bahawa 10 peratus daripada mereka dilaporkan mempunyai fikiran untuk membunuh diri, 7.3 peratus mempunyai rancangan untuk membunuh diri dan 7.0 peratus telah melakukan cubaan bunuh diri.

Psikospiritual IKRAM atau P.S.I (satu unit dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia), bersama-sama dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan lain di seluruh dunia, ingin menyatakan sokongan kepada hari penting ini.

Psikospiritual IKRAM percaya kepada perkembangan holistik manusia yang terdiri daripada aspek fisiologi, mental, sosial dan spiritual. Psikospiritual IKRAM juga percaya bahawa pihak berkuasa dan pemegang taruh berkaitan perlu memainkan peranan penting dalam usaha pencegahan yang mengambil kira pembangunan spiritual manusia.

Hal ini perlu dilakukan sebelum ancaman dan kemudaratan yang lebih serius berlaku kepada kesihatan mental individu, yang mungkin menjerumuskan kepada isu-isu serius seperti cubaan bunuh diri dan tingkahlaku-tingkahlaku lain yang membahayakan diri.

Sebagai satu unit dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia, Psikospiritual IKRAM telah menggerakkan beberapa usaha untuk memutikkan kesedaran dan menekankan peri pentingnya perkembangan psikospiritual dalam kalangan ahlinya.

Psikospiritual IKRAM telah terlibat dalam kempen kesedaran, latihan dan kaunseling yang melibatkan agensi dan unit dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia seperti Jawatankuasa Tarbiah dan Modal Insan, sekolah-sekolah di bawah IKRAM MUSLEH, IKRAMTeens, Belia Harmoni (dahulunya dikenali sebagai IKRAM Siswa), IKRAM Muda Antarabangsa (IMAN) (dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Seberang Laut), dan Jawatankuasa Pemantapan Keluarga Ahli (PeKA).

Psikospiritual IKRAM berharap untuk melatih lebih banyak pengamal profesional dalam bidang-bidang psikiatri, psikologi, kaunseling, kerja sosial dan pendidikan khas di pusat-pusat kaunseling PeKA di peringkat negeri, untuk mewujudkan lebih banyak modul psikospiritual dan untuk membangunkan polisi dan prosedur bagi kesihatan psikospiritual dalam konteks tarbiah dan organisasi dakwah.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019, Psikospiritual IKRAM ingin memberi cadangan berikut:

1. Institusi akademik (sekolah, kolej dan universiti):

(i) Lebih banyak kempen kesedaran diperlukan di peringkat sekolah untuk mendidik pelajar tentang isu kesihatan mental seperti bunuh diri bermula di sekolah rendah.

(ii) Guru-guru dan pentadbir sekolah hendaklah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menangani dengan cara yang lebih baik kes-kes bunuh diri.

(iii) Lebih ramai kaunselor sekolah yang perlu dilatih dalam aspek 'suicidology'.

(iv) Pelbagai inisiatif mesti dilakukan untuk mengurangkan stigma terhadap individu yang cuba mendapatkan bantuan untuk kesihatan mental.

(v) Di peringkat universiti, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengkaji 'suicidology'. Universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia digalakkan untuk menubuhkan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan di universiti yang menumpukan kepada hal ehwal pencegahan, intervensi dan posvensi berkaitan bunuh diri.

2. Institusi swasta dan badan bukan kerajaan:

(i) Institusi dan syarikat swasta mesti menyediakan polisi, kemudahan dan perkhidmatan untuk pekerja yang mungkin memerlukan bantuan kesihatan mental termasuk bunuh diri.

(ii) Lebih banyak NGO profesional diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang mampu milik kepada orang awam yang memerlukan khidmat kaunseling dan bantuan berkaitan bunuh diri.

3. Kerajaan:

(i) Kerajaan perlu mewujudkan dan membangunkan program bersasar dan praktikal kepada semua peringkat masyarakat (sekolah, tempat kerja, keluarga, komuniti dan lain-lain) untuk menangani masalah bunuh diri dengan lebih berkesan.

(ii) Kerajaan perlu melahirkan lebih banyak pengamal profesional perubatan yang menceburi pengkhususan 'suicidology' dan tingkah laku yang memudaratkan diri dengan pendekatan yang lebih holistik termasuk aspek spiritual dalam kesihatan mental.

Adalah menjadi harapan kami bahawa semua usaha ini akan membawa kepada masyarakat yang berfungsi dengan baik yang anggota-anggotanya kuat daya tahan emosi, utuh daya tahan mental dan teguh spiritualnya, insya-Allah.

Dr. Alizi bin Alias
Pengerusi
Psikospiritual IKRAM (P.S.I) 2019
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook: Psikospiritual IKRAM

[English Version]

PRESS STATEMENT

Psikospiritual IKRAM (P.S.I)
Pertubuhan IKRAM Malaysia
11 Safar 1441H / 10 October 2019

WORLD MENTAL HEALTH DAY 2019: "I CHERISH MY LIFE"

Every year since 10 October 1992, the world observes the World Mental Health Day. The focus for this year is on suicide prevention.

In 2016, the World Health Organisation, commonly known as WHO, estimates that each year approximately over 800,000 people die due to suicide, and there are many more who attempt suicide annually.

In the last 45 years suicide rates have increased by 60% worldwide. Suicide represents a global mortality rate of 16 people per 100,000 or one death every 40 seconds. Suicide occurred throughout the lifespan and was the second leading cause of death among 15-29 year-olds globally in 2016.

By 2020, it is estimated that the rate of death will increase to one every 20 seconds. For every completed adult suicide globally, it is predicted that over 25 adults would attempt suicide.

In Malaysia, suicide rate is estimated at about 2.0 per 100,000. However, WHO estimated that the suicide rate in Malaysia in 2016 was 6.2 per 100,000 and World Population Review’s rate was 5.5 per 100,000.

The National Health and Morbidity Survey 2017 on mental health among youths aged 13 years old to 17 years old in Malaysia revealed that 10 per cent reported to have experienced ideation, 7.3 per cent to have a suicide plan and 7.0 per cent to have attempted suicide.

Psikospiritual IKRAM or P.S.I (a unit under Pertubuhan IKRAM Malaysia), together with other governmental and non-governmental bodies and agencies around the world, would like commemorate this important day. Psikospiritual IKRAM believes in the holistic development of human beings comprising of physiological, mental, social and spiritual aspects.
Psikospiritual IKRAM also believes that relevant authorities and stakeholders must play important roles in the prevention efforts taking into consideration the spiritual development of human beings before more serious threats and damages happen to human mental health that may lead to serious issues such as suicide and other self-destructive behaviours.

As a unit within Pertubuhan IKRAM Malaysia, Psikospiritual IKRAM has mobilized some efforts to create awareness and to emphasize the significance of psycho-spiritual development among its members.

Psikospiritual IKRAM has engaged in awareness campaigns, trainings and counselling involving agencies and units within Pertubuhan IKRAM Malaysia such as Jawatankuasa Tarbiah and Modal Insan, schools under IKRAM MUSLEH, IKRAMTeens, Belia Harmoni (formerly known as IKRAM Siswa), IKRAM Muda Antarabangsa (IMAN) (formerly known Jawatankuasa Seberang Laut) and Jawatankuasa Pemantapan Keluarga Ahli (PeKA).

Psikospiritual IKRAM hopes to train more professionals in psychiatry, psychology, counselling, social work and special education, to be stationed at PeKA counselling centres at the state level, to create more psycho-spiritual modules and to develop policies and procedures for psycho-spiritual health within the context of tarbiyah and dakwah organization.

For the World Mental Health Day 2019, Psikospiritual IKRAM would like to make the following recommendations:

1. Academic institutions (school, colleges and universities):

(i) More awareness campaigns are needed at the school level to educate pupils about mental health issues such as suicide beginning with the primary schools.

(ii) Teachers and school administrators must be equipped with knowledge and skills to better deal with suicide cases.

(iii) More trained school counsellors are needed in the area of suicidology.

(iv) Efforts must be done to reduce stigma of seeking help for mental health.

(v) At the university level, more research needed to study suicidology. It is highly commendable for public and private universities to establish research and development centres within the universities that focus on suicide prevention, intervention and postvention

2. Private and non-governmental institutions:

(i) Private institutions and companies must provide policies, facilities and services for employees that may need help with mental health issues including suicide.

(ii) More professional NGOs are needed to provide affordable services for members of the public who need counselling and assistance for suicide.

3. The government:

(i) The government needs to create and develop better programmes at all levels of society (school, workplace, family, community, etc.) to better deal with suicide issues.

(ii) The government needs to produce more medical professionals specializing in the area of suicidology and self-destructive behaviours with more holistic approach including spiritual aspects of mental health.

It is our hope that all these efforts would lead to a better functioning society whose members are emotionally perseverant, mentally strong and spiritually sound, Insya Allah.

Dr. Alizi bin Alias
Chairman
Psikospiritual IKRAM (P.S.I) 2019
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook: Psikospiritual IKRAM

Read 331 times Last modified on Wednesday, 09 October 2019 11:25

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd