wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 19 المحرّم 1441   |   Wednesday 18 September 2019
Thursday, 11 July 2019 11:09

Langkah penting ke arah mengangkat profesionalisme guaman syarie

Rate this item
(1 Vote)

KENYATAAN MEDIA
IKRAM LEGAL
10 Julai 2019M / 6 Dzulkaedah 1440H

LANGKAH PENTING KE ARAH MENGANGKAT PROFESIONALISME GUAMAN SYARIE

IKRAM Legal mengalu-alukan pembentangan Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 (“RUU Guaman Syarie”) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Parlimen semalam, 9 Julai 2019 untuk bacaan pertama dan menegaskan bahawa ianya merupakan satu langkah yang amat penting ke arah mengangkat profesionalisme guaman syarie dalam negara.

Selaku sebuah profesion yang memainkan peranan yang amat penting dalam membantu Mahkamah Syariah memberikan keadilan berasaskan syariah, IKRAM Legal menegaskan bahawa sememangnya sudah lama sepatutnya profesion guaman syarie ini diiktiraf sebagai satu kerjaya yang profesional di sisi undang-undang.

Dengan tergubalnya RUU Guaman Syarie ini kelak, profesion guaman syarie akan mempunyai undang-undang khusus bagi mengawal selia amalan profesion guaman syarie sepertimana profesion guaman sivil yang telah terlebih dahulu mempunyai Akta Profesion Undang-Undang 1976.

IKRAM Legal percaya bahawa tahap kualiti peguam syarie dalam negara ini akan lebih meningkat sekaligus mengangkat martabat institusi kehakiman Syariah dan memberikan keyakinan rakyat kepadanya khususnya dengan kewujudan peruntukan-peruntukan berkenaan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, penubuhan Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie yang tidak ada sebelum ini.

IKRAM Legal mengucapkan tahniah kepada Kerajaan atas komitmen yang ditunjukkan dalam usaha berterusan untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara ini bermula dengan penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah diikuti dengan pembentangan RUU Guaman Syarie ini.

IKRAM Legal menyeru agar RUU Guaman Syarie ini dapat dibahaskan dengan lancar semasa sesi perbahasan dalam Parlimen kelak dan seterusnya diterima menjadi Akta Undang-Undang ke arah memberi nafas baru kepada profesion guaman syarie dan institusi kehakiman Syariah dalam negara ini.

IKRAM Legal juga berharap agar RUU Guaman Syarie ini akan menjadi pembuka jalan ke arah penyeragaman dan penyelarasan undang-undang Syariah antara negeri-negeri yang mana ianya akan amat memudahkan rakyat untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah Syariah insya-Allah.

Marwan bin Abdullah
Pengerusi IKRAM Legal

 

[Versi Bahasa Inggeris]

MEDIA STATEMENT
IKRAM LEGAL
10th of July, 2019/6th of Dzulkaedah, 1440H

IMPORTANT MEASURE IN LIFTING THE PROFESSIONALISM OF SYARIE LEGAL PROFESSION

IKRAM Legal welcomes the presentation of the Syarie Legal Profession Bill (Federal Territories) 2019 ("Syarie Legal Profession Bill") by Minister in the Prime Minister's Department, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof in Parliament on July 9, 2019. IKRAM Legal strongly views this first reading of the Bill as a critical step and milestone towards raising the profession of Syarie lawyers in the country.

As a profession that plays critical role in assisting the Syariah Court delivers Syariah-based justice, IKRAM Legal asserts that identifyinh Syarie legal profession as a professional career that is legally recognized by the law is a long overdue and much-needed reform.

With the passing of the Syarie Legal Profession Bill in the future, the Syarie legal profession will be monitored under a special law that regulates the practice of Syarie law profession, as is the case for civil law profession that is being administered under the Legal Profession Act 1976.

IKRAM Legal believes that the quality of the Syarie lawyers in this country will be enhanced, the dignity of the Syariah judiciary institutions be lifted, and people’s confidence in these institutions will surge, especially through the establishment of provisions related to Syarie Legal Profession Qualification Board, Sharie Lawyers' Association and Syarie Lawyers Bar which are previously absent.

IKRAM Legal congratulates the Government for proving its commitment in the continuous effort to uphold Syariah law in this country beginning with the establishment of the Special Court of Marriage, Hadhanah and Nafkah followed by the presentation of the Syarie Legal Profession Bill.

IKRAM Legal calls for the Syarie Legal Profession Bill to be discussed smoothly during the debate session in Parliament and subsequently be passed as a Law Act in order to give a fresh start to the Syarie legal profession and Syariah judiciary institutions in the country.

IKRAM Legal also hopes that this Syarie Legal Profession Bill will be the opening of the road towards the standardization and coordination of Syariah laws between states which will greatly facilitate the people in seeking justice through the Syariah Court, Insha Allah.

Marwan bin Abdullah
Chairman, IKRAM Legal

Read 237 times Last modified on Thursday, 11 July 2019 11:18

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!