wrapper

Berita Terkini

الخميس 20 المحرّم 1441   |   Thursday 19 September 2019
Tuesday, 04 June 2019 17:04

Sebarkan Rahmah, Santuni Ummah

Rate this item
(2 votes)

Perutusan Presiden IKRAM
Sempena Hari Raya Aidilfitri
1 Syawal 1440H / 5 Jun 2019M

SEBARKAN RAHMAH, SANTUNI UMMAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang melimpah ruah, nikmat bulan Ramadan yang baru saja meninggalkan kita serta nikmat kembali kepada fitrah yang baru mendatangi kita.

Semoga kita memperolehi keberkatan, rahmah dan pengampunan-Nya serta jaminan pembebasan daripada api neraka, memperolehi ganjaran pahala yang akan membawa kita semua memenangi keredaan dan syurga-Nya di akhirat sana dengan bekalan takwa.

Sambutlah kedatangan Hari Raya Aidilfitri ini dengan rasa gembira, dalam suasana aman sejahtera yang membolehkan kita menziarahi keluarga, sanak saudara, sahabat handai, kenalan jauh dan dekat.

Gunakanlah kesempatan sambutan Aidilfitri ini untuk kita memperkuatkan hubungan silaturahim sesama kita, meneguhkan hubungan persahabatan dan mempereratkan hubungan kejiranan sesama rakyat Malaysia.

Untuk ahli-ahli IKRAM, manfaatkanlah Syawal ini dengan membina hubungan dan kerjasama yang lebih luas dengan pelbagai pihak di kawasan masing-masing dengan aktiviti yang mendekatkan IKRAM dan masyarakat.

Dalam masa yang sama kita, jangan lupa tanggungjawab kita membela nasib umat Islam di seluruh dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian kehidupan yang getir seperti di Syria, Palestin, Iraq, Somalia, Sudan, Kashmir, umat Islam Rohingya, Uighur dan lain-lain.

Dalam kesempatan khusus ini, saya menyeru kita semua agar bermurah hati menyumbang dana untuk saudara kita di Gaza, Palestin yang terpaksa menyambut Aidilfitri dalam suasana suram,  kesan daripada serangan negara haram Israel ketika di ambang ketibaan bulan Ramadan baru-baru ini.

Berusahalah untuk meningkatkan amal ke arah membina umat yang terbaik, maju dan kuat serta membina masyarakat dan negara ke satu tahap perkembangan dan kemajuan yang lebih baik, makmur dan penuh rahmah agar nanti akan terbinanya sebuah Negara Rahmah Mithali yang diimpikan.

Dalam kesempatan ini juga, saya sekeluarga dan mewakili IKRAM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli, keluarga anda dan umat Islam seluruhnya.

Berhati-hatilah memandu kenderaan ketika pergi dan pulang ke destinasi, jauhilah bermain mercun, kurangkanlah penggunaan gajet agar banyak masa dapat dimanfaatkan dengan lebih bermakna bersama-sama orang sekeliling kita.

Salam Aidilfitri. Sebarkan Rahmah, Santuni Ummah.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 505 times Last modified on Tuesday, 04 June 2019 17:15

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!