wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 17 رمضان 1440   |   Tuesday 21 May 2019
Tuesday, 23 April 2019 18:02

IKRAM kutuk tragedi pengeboman di Sri Lanka

Rate this item
(0 votes)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
23 April 2019M / 17 Syaaban 1440H

IKRAM KUTUK TRAGEDI PENGEBOMAN DI SRI LANKA

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang sangat terancang dan menyasarkan penganut Kristian sempena sambutan Easter di lapan buah premis melibatkan beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka.

Ini merupakan tragedi serangan paling teruk ke atas masyarakat Sri Lanka setelah berakhir konflik perang saudara sejak 10 tahun yang lalu. IKRAM mengucapkan takziah kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.

Sesiapa sahaja patut berasa sedih dengan tragedi pengeboman di Sri Lanka yang telah mengorbankan lebih 250 nyawa dan mencederakan lebih 500 orang.

IKRAM menyeru kepada semua pihak agar menunjukkan solidariti kepada rakyat Sri Lanka. Umat Islam yang dikejutkan dengan tragedi di Christchurch, New Zealand pada bulan lalu, lebih-lebih lagi haruslah bersama-sama menolak keganasan sedemikian.

Keganasan terhadap mana-mana agama dan mereka yang tidak berdosa mesti ditentang. Islam secara jelas juga melarang pembunuhan atau kerosakan terhadap manusia lain.

“... bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan, atau melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang nyata; kemudian sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, menjadi orang yang melampaui batas di muka bumi.” (al-Maidah: 32)

Dalam suasana pihak berkuasa bertungkus lumus mengenal pasti dalang-dalang di sebalik komplot ini, kita semua perlu tegas dengan pendirian aman dan mengelakkan sebarang ketegangan.

Ayuh, kita bersolidariti dengan aman dan tidak akan dikalahkan dengan keganasan.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 353 times Last modified on Tuesday, 23 April 2019 18:08

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd