wrapper

Berita Terkini

الخميس 19 رمضان 1440   |   Thursday 23 May 2019
Monday, 11 March 2019 22:29

Rahmatan lil alamin dan maqasid syariah: Menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong

Rate this item
(0 votes)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
11 Mac 2019M / 5 Rejab 1440H

RAHMATAN LIL ALAMIN DAN MAQASID SYARIAH: MENJUNJUNG KASIH TITAH YANG DIPERTUAN AGONG

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menjunjung kasih dan mengalu-alukan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Parlimen Ke-14.

Dalam istiadat itu, Tuanku YDPA bertitah:

"Beta amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan lil alamin dan maqasid syariah berdasarkan ajaran Islam yang sebenar yang diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian unggul rakyat Malaysia."

IKRAM berpandangan, prinsip rahmatan lil alamin dan maqasid syariah wajar diterima oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk mencapai status negara maju yang menyerlahkan kesyumulan Islam yang sesuai sepanjang zaman.

Dunia Islam menaruh harapan tinggi agar Malaysia menjadi model negara Islam moden yang berprestasi tinggi dan mementingkan kesejahteraan rakyat keseluruhan.

Rahmatan lil alamin mempunyai makna yang luas merangkumi segenap aspek termasuk sikap adil, berkasih sayang, bertolak ansur, bersangka baik, tidak prejudis, ramah-tamah dan harmoni.

Dalam konteks Malaysia, sikap rahmah perlu diterapkan kepada semua elemen kehidupan termasuk rahmah terhadap bangsa Melayu dan bumiputera yang masih belum mendapat haknya, dan juga bangsa-bangsa lain yang menghormati undang-undang negara.

Pendekatan rahmah juga harus diterjemahkan untuk pembelaan golongan wanita, kanak-kanak, orang tua, orang miskin, anak-anak yatim, mualaf, orang kelainan upaya (OKU), pesakit kronik, pesakit mental, malah haiwan dan alam sekitar.

Berdasarkan pendekatan rahmatan lil alamin inilah, IKRAM menggagaskan 12 Ciri Negara Rahmah yang menjadi visi IKRAM bagi mewujudkan sebuah negara bertamadun yang maju, progresif, pembangunan yang seimbang diiringi dengan keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT.

Ciri-ciri tersebut ialah:

1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
3. Tadbir Urus yang Baik
4. Undang-undang yang Adil
5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
6. Institusi Keluarga yang Utuh
7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
8. Ekonomi yang Mampan
9. Agihan Kekayaan yang Saksama
10. Pembangunan yang Lestari
11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
12. Menerajui Usaha Keamanan dan Kesejahteraan Sejagat

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 638 times Last modified on Monday, 11 March 2019 23:00

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!