wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 20 رجب 1440   |   Wednesday 27 March 2019
Tuesday, 19 February 2019 15:39

Siasat segera tuduhan salah laku badan kehakiman - IKRAM Legal

Rate this item
(8 votes)

KENYATAAN MEDIA
IKRAM LEGAL
19 Februari 2019M / 14 Jamadilakhir 1440H

SIASAT SEGERA TUDUHAN SALAH LAKU BADAN KEHAKIMAN

IKRAM Legal berkongsi seruan yang sama dengan Yang Arif Datuk Dr Haji Hamid Sultan bin Abu Backer serta pihak-pihak yang lain termasuklah Majlis Peguam Malaysia agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry) ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan-tuduhan salah laku terhadap badan kehakiman sebelum ini sepertimana yang telah didedahkan oleh Yang Arif Datuk Dr Haji Hamid Sultan bin Abu Backer dalam afidavit yang telah diikrarkan pada 14 Februari 2019 bagi menyokong Permohonan Sangeet Kaur Deo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

IKRAM Legal berasa amat terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat oleh Yang Arif Datuk Dr Haji Hamid Sultan bin Abu Backer tersebut melalui afidavit yang merupakan keterangan bersumpahnya di Mahkamah yang tular di media setebal 63 muka surat tersebut yang antaranya adalah berkenaan dengan campur tangan dalam kes liwat II Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kes Karpal Singh untuk tuduhan di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Rayuan, kes Indira Ghandi di Mahkamah Rayuan serta salah laku-salah laku oleh seorang yang berpangkat Ketua Hakim Negara yang dinamakan sebagai 'ARLC'.

IKRAM Legal menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah merupakan tuduhan yang amat berat dan serius memandangkan ianya melibatkan integriti badan kehakiman negara yang merupakan salah satu cabang daripada pemisahan kuasa dalam negara selain badan eksekutif dan legislatif. Dengan berpegang kepada prinsip “seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah”, maka IKRAM Legal melihat bahawa jalan yang paling baik untuk menyiasat tuduhan-tuduhan ini adalah dengan melalui siasatan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bebas.

IKRAM Legal menegaskan bahawa sekiranya tuduhan-tuduhan yang didedahkan oleh Yang Arif Datuk Dr Haji Hamid Sultan bin Abu Backer ini tidak diselesaikan dengan sesegera mungkin, ianya akan meletakkan badan kehakiman negara berada dalam keadaan kewibawaan dan integritinya diragui untuk satu tempoh yang lama sekali gus boleh mengganggu kelancaran perjalanan badan kehakiman dalam melaksanakan tugasnya untuk mendengar dan memutuskan kes-kes perbicaraan di mahkamah yang merupakan tugas hakikinya pada setiap hari.

Dalam kesempatan ini juga, IKRAM Legal juga ingin memperingatkan para hakim terhadap hadis Rasulullah SAW yang telah direkodkan oleh at-Tirmidzi yang bermaksud:

"Hakim itu ada tiga, dua di neraka dan satu di syurga. Seseorang yang menghukumi secara tidak benar padahal dia mengetahui mana yang benar, maka dia di neraka. Seorang hakim yang jahil lalu menghancurkan hak-hak manusia, maka dia di neraka, dan seorang hakim yang menghukumi dengan benar, maka dia masuk syurga."

Dengan mengakui bahawa tugas hakim sememangnya adalah merupakan satu tugasan yang berat, IKRAM Legal ingin mengingatkan para hakim agar sentiasa komited mengangkat keadilan khususnya dalam era Malaysia Baharu ini memandangkan selain daripada menjadi tempat pergantungan rakyat untuk mendapatkan keadilan di dunia ini, badan kehakiman juga memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan semak dan imbang pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan berkesan.

Marwan bin Abdullah
Pengerusi IKRAM Legal

Read 506 times Last modified on Tuesday, 19 February 2019 16:04

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd