Print this page
Monday, 22 October 2018 08:00

Tahniah Dr Fauziah Mohd Hasan

Rate this item
(0 votes)

Perutusan Tahniah
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
22 Oktober 2018 / 13 Safar 1440H

TAHNIAH DR FAUZIAH MOHD HASAN

IKRAM mengucapkan tahniah kepada Dr Hjh Fauziah Mohd Hasan kerana terpilih sebagai Setiausaha Agung Global Women's Coalition for El Quds and Palestine. 

Pemilihan ini diumumkan dalam Persidangan Perintis Baitul Maqdis dan Palestin ke-10 yang telah berlangsung pada 11-13 Oktober 2018 di Istanbul.

Turut terpilih adalah Dr Omaima al-Tijany dari Sudan sebagai Presiden dan Jabbarya Soltany dari Algeria sebagai Naib Presiden gabungan antarabangsa tersebut.

Dr Fauziah adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan peserta tunggal Malaysia yang menyertai Women's Boat to Gaza (WBG) pada tahun 2016. 

IKRAM mengucapkan tahniah dan selamat melaksanakan amanah kepada Dr Fauziah. Semoga pemilihan ini mampu melonjakkan perjuangan pembebasan Baitul Maqdis dan Palestin di pentas global, insya-Allah.

Pejabat Penerangan dan Perhubungan Awam
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 986 times Last modified on Monday, 22 October 2018 12:00
DMC Firewall is a Joomla Security extension!