Print this page
Friday, 12 October 2018 08:00

IKRAM alu-alukan pelantikan tiga tokoh Ahli Lembaga Pengarah UniSZA yang baharu

Rate this item
(0 votes)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
12 Oktober 2018 / 3 Safar 1440H 

IKRAM ALU-ALUKAN PELANTIKAN  TIGA TOKOH AHLI LEMBAGA PENGARAH UNISZA YANG BAHARU

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan pelantikan tiga tokoh negara sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Tokoh-tokoh ini mempunyai kredibiliti, kelayakan akademik dan kepakaran yang sesuai dengan keperluan semasa UniSZA.

IKRAM yakin pelantikan YB Senator Dr Muhammad Nur Manuty yang dilantik sebagai Pengerusi serta Tan Sri Tony Fernandes dan Dr Zaharuddin bin Abd Rahman sebagai ahli akan memperkukuhkan Lembaga Pengarah Universiti dan seterusnya memberikan suntikan terbaik untuk memartabatkan institusi pendidikan tinggi yang kini berusia hampir empat dekad ini.

Ketiga-tiga tokoh ini mempunyai kelayakan, pengalaman dan kekuatan yang tersendiri yang saling memperkukuhkan. Pelantikan mereka membuka lembaran baharu bagi UniSZA untuk mencapai kecemerlangan pendidikan dalam era revolusi industri 4.0.

Adalah diharapkan agar gandingan tokoh perniagaan Tony Fernandes dengan tokoh agama Dr Zaharuddin serta ahli akademik dan pemimpin masyarakat,  Dr Muhammad Nur akan membawa agenda transformasi yang dinanti-nantikan oleh warga UniSZA dan rakyat Malaysia.

Semoga Allah SWT merahmati usaha UniSZA untuk  memacu pembangunan dalam dan luar negara.

Prof Dr Sahrim Hj Ahmad
Pengerusi
IKRAM Akademia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 1284 times Last modified on Friday, 12 October 2018 11:24
DMC Firewall is a Joomla Security extension!