wrapper

Berita Terkini

الإثنين 8 ذو الحجّة 1439   |   Monday August 20 2018
Sunday, 15 July 2018 00:00

Tahniah Prof. Dr. Hatta, Pengerusi DBP baharu

Rate this item
(0 votes)

Perutusan Tahniah
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
15 Julai 2018 / 2 Zulkaedah 1439H

TAHNIAH PROF. DR. HATTA YANG DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA DBP BAHARU

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu.

Prof. Dr. Hatta, 66, anak kepada seorang tokoh guru, sejarawan dan budayawan Johor, Shaharom Husain telah mendapat pendidikan di Sekolah Dato ' Jaafar, Johor Bahru dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, dan mempunyai Diploma Pemikiran Islam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM telah menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Cairo University, Mesir, psikiatri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan psikiatri forensik di Monash University, Australia.

Beliau pernah menjadi editor Jurnal Psikiatri Malaysia, Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Timbalan Presiden IKRAM dan mengetuai misi bantuan bencana MERCY Malaysia di Afghanistan dan Iran.

Beliau juga adalah bekas Profesor dan Ketua Jabatan Psikiatri serta Ahli Senat UKM, sebelum menjadi Naib Presiden Kanan (Akademik) dan Dekan, Fakulti Perubatan, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). Beliau adalah Felo Akademi Perubatan Malaysia dan Felo Kanan Pacific Rim College of Psychiatrists.

Prof. Dr. Hatta dan isterinya, seorang doktor mempunyai enam orang anak dan enam orang cucu. Penulisan-penulisan beliau berkisar daripada topik mengenai psikiatri kepada isu-isu sosio-agama dan kemanusiaan.

Dengan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola, IKRAM berharap DBP akan dapat terus diperkasakan untuk memartabat dan mengembangkan lagi penerbitan-penerbitan Bahasa Melayu dan kesusasteraan yang disegani, kontemporari dan berkualiti, insya-Allah.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

Read 776 times Last modified on Monday, 16 July 2018 03:39

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!