wrapper

Berita Terkini

الخميس 8 ربيع الأوّل 1440   |   Friday November 16 2018
Wednesday, 04 July 2018 08:00

IKRAM alu-alukan pelantikan Dr Mujahid sebagai Menteri di JPM

Rate this item
(1 Vote)

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
4 Julai 2018 / 20 Syawal 1439H

IKRAM ALU-ALUKAN PELANTIKAN YB DATO' DR MUJAHID SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan pelantikan YB Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Agama) dalam kabinet baharu Kerajaan Pakatan Harapan.

Pelantikan beliau amat tepat. Sebagai seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Sastera, Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dan Doktor Falsafah dalam bidang Siasah Syar’iyyah, beliau mempunyai cukup kepakaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri di JPM yang menjaga hal ehwal agama.

Penglibatan beliau dalam kegiatan Islam sejak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah memberikan pengalaman yang cukup luas untuk beliau menerajui organisasi Islam.

Sebagai seorang yang telah melalui proses tarbiah secara teori dan amali serta komitmen yang tinggi dalam penghayatan Islam, beliau diyakini mempunyai integriti yang sangat tinggi dan tidak akan berkompromi dengan apa jua penyalahgunaaan kuasa dan kemudahan awam, seterusnya dapat memastikan institusi Islam diurus secara profesional, telus dan tadbir urus yang baik.

Pengalaman beliau mengadakan pelbagai dialog dengan banyak pihak menjadi satu kelebihan beliau untuk menggagaskan Islam sebagai agama yang bersifat Rahmah dan menggalakkan budaya dialog yang sihat.

Didoakan YB Menteri akan berjaya dalam usaha menambah baik pengurusan institusi Islam dan dapat merealisasikan gagasan Islam Rahmatan lil 'Alamin. IKRAM bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada YB Menteri dan semua pihak yang berkaitan.

Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 970 times Last modified on Wednesday, 04 July 2018 11:28

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!