wrapper

Berita Terkini

الخميس 28 المحرّم 1439   |   Thursday October 19 2017
Monday, 09 October 2017 00:00

Ke Arah Negara Rahmah Yang Mesra Kesihatan Mental Golongan Pekerja

Rate this item
(0 votes)

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
19 Muharam 1439H / 10 Oktober 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

Ke Arah Negara Rahmah Yang Mesra Kesihatan Mental Golongan Pekerja

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia (10 Oktober 2017). Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini ialah Mental Health in the Workplace atau Kesihatan Mental di Tempat Kerja.

IKRAM menyokong usaha-usaha semua pihak dalam memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental di tempat kerja.

IKRAM percaya kepada pembangunan insan yang menyeluruh merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesejahteraan sosial dan kesihatan spiritual pekerja atau aktivis dalam mana-mana organisasi dan NGO.

Penurunan prestasi kerja dan penurunan kesejahteraan diri pekerja boleh berlaku apabila pembangunan psikospiritual tidak seimbang dengan pembangunan fizikal dan sosial.

Seperti dilaporkan dalam akhbar Berita Harian (9 April 2017), Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan seramai 4.2 juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas (yang biasanya merupakan golongan pekerja) atau 29.2% populasi negara, menghidap pelbagai masalah mental iaitu peningkatan sebanyak 11.2% berbanding tahun 2006.

Fenomena ini sangat membimbangkan dan tindakan segera harus dilaksanakan untuk mengekangnya.

Sesuai dengan tema Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun 2017 tentang Kesihatan Mental di Tempat Kerja, IKRAM menyeru pihak-pihak berwajib menganggap para pekerja dan aktivis mereka sebagai aset dan memberi keutamaan kepada tindakan-tindakan yang boleh mengelak daripada terjadinya kecederaan psikospiritual kepada mereka, sepertimana dijaga mereka daripada kecederaan fizikal.

Tindakan-tindakan ini termasuklah mengkaji dan menilai semula polisi, amalan dan budaya berkaitan pengurusan sumber manusia, pembangunan sumber manusia, pengurusan tingkah laku berorganisasi, perubahan dan pembangunan organisasi, serta pengurusan keselamatan/kesihatan pekerjaan, yang boleh mempengaruhi psikospiritual pekerja dan aktivis. 

Sebagai sebuah NGO, IKRAM sejak awal penubuhannya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengintegrasi perspektif kesejahteraan psikospiritual dalam aktiviti tarbiah aktivisnya dan aktiviti dakwah dan kebajikan kepada masyarakat. 

Antara tindakan-tindakan spesifik yang telah dan sedang dilaksanakan oleh IKRAM sebagai manifestasi rasa prihatin dan rahmah terhadap pekerja dan aktivisnya ialah menubuhkan pusat-pusat kaunseling di beberapa negeri khusus untuk ahli-ahli IKRAM dan melatih sebahagian ahli-ahli IKRAM dengan skil pertolongan cemas kesejahteraan psikospiritual.

Dengan ini, IKRAM ingin mencadangkan supaya semua pihak untuk:

  • Mewujudkan polisi, amalan, budaya dan persekitaran kerja yang seimbang antara bebanan (demand) dan kawalan (control) di pihak pekerja/aktivis.
  • Mempromosi keseimbangan kerjaya-keluarga (termasuk juga aktivisme sukarela di luar waktu pejabat).
  • Menggalakkan institusi, organisasi dan syarikat untuk membentuk polisi kesihatan mental masing-masing.
  • Memasukkan skil pertolongan cemas kesihatan mental dalam silibus latihan pekerja/aktivis.
  • Memperbanyakkan kempen untuk mengurangkan stigma terhadap penyakit dan pesakit mental di tempat kerja atau dalam organisasi supaya pekerja/aktivis tidak malu untuk mengadu masalah atau mendapatkan pertolongan profesional.
  • Menggabungkan aspek spiritual dalam teori dan intervensi kesihatan mental untuk pencegahan dan rawatan yang lebih holistik kepada pekerja/aktivis.

Semoga usaha-usaha ini akan membantu mewujudkan tempat kerja yang rahmah-pekerja serta NGO yang rahmah-aktivis, ke arah Malaysia sebagai sebuah negara rahmah, insya-Allah.

Dr. Hj. Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 547 times Last modified on Monday, 09 October 2017 16:34

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!