wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017
Tuesday, 14 March 2017 00:00

Pemergian Mantan Mufti NS: IKRAM Ucap Takziah

Rate this item
(0 votes)

Perutusan Takziah
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
15 Mac 2017 / 16 Rabiulakhir 1438H 

Pemergian Mantan Mufti Negeri Sembilan: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa dukacita atas kehilangan mantan Mufti Negeri Sembilan, Almarhum Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza Sheikh Hj Ahmad, 79, yang juga kekanda kepada Presiden IKRAM, Dr Haji Mohd Parid pada jam 3.08 petang hari Selasa, 14 Mac 2017.

IKRAM merakamkan ucapan takziah kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga almarhum atas pemergian tokoh ulama yang berjasa ini.

Almarhum dilahirkan pada 5 Mei 1937 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Dato' Shahbandar, Rasah.

Beliau mendapat pendidikan agama di beberapa madrasah iaitu Madrasah Al-Khairiah, Singapura, Madrasah Al-Attas, Johor Bahru dan Madrasah Al-Mashoor, Pulau Pinang, kemudian melanjutkan pelajaran di Maahad al-Kaherah dan seterusnya Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau pernah menjadi guru agama di Sekolah Agama Menengah Tinggi Bukit Merbah, Seremban, menjadi Qadhi Daerah Kuala Pilah dan Jempol, menjawat Ketua Penerangan Agama merangkap Imam Besar Negeri Sembilan, pemangku Qadhi Besar negeri dan seterusnya bertugas sebagai Mufti Negeri Sembilan pada tahun 1987 hingga 2008.

Almarhum telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan pada tahun 2000 manakala pada 2011, beliau mendapat anugerah Tokoh Ulama sempena Sambutan 100 tahun Madrasah Al-Attas.

Antara jasa beliau ialah mewujudkan Enakmen Murtad pada 2004 dan Enakmen Kawalan Tarekat pada 2007 yang menjadikan Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini yang turut menjadi contoh kepada negeri lain.

Almarhum meninggalkan seorang isteri, Datin Lily Mohd Sidek, 68 dan enam orang anak. Jenazah beliau disolatkan di Surau Kampung Pondok, Rasah dan akan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said pada hari ini.

Dengan segala sumbangan dan jasa bakti Almarhum Dato' Sheikh Haji Murtadza kepada umat, semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan amilin dan solihin, insya-Allah.

Haji Zaid Kamaruddin
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 1654 times Last modified on Wednesday, 15 March 2017 05:06

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd