wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 16 صفر 1441   |   Wednesday 16 October 2019

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA 12 SEPTEMBER 2012

BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA MANGSA TRAGEDI ARAKAN, MYANMAR

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama PKPU Indonesia (NGO di bawah South East Asia Humanitarian Committee) telah berjaya menyerahkan sumbangan sebanyak USD43,000 kepada mangsa tragedi Arakan di Sittwe, Rakhine, Myanmar pada 10 September 2012.

Sumbangan diserahkan sendiri oleh wakil IKRAM, Wan Mohd Yusof Wan Ismail dan Wan Mohd Zukri Che Mat Zin serta wakil PKPU iaitu Tomy Hendrajati kepada masyarakat di Sittwe secara langsung dengan kerjasama kerajaan negeri Rakhine dan NGO tempatan.

Sumbangan fasa pertama ini adalah dalam bentuk pek makanan asas iaitu beras, kentang, kacang dal, bawang, minyak masak, garam dan cili kering.

Situasi terkini di ibu negeri Rakhine iaitu Sittwe:

1. Semua kampong Islam di Bandar Sittwe telah musnah dibakar kecuali satu sahaja iaitu Aung Mangalar Ward yang mempunyai penduduk seramai 1,200 keluarga.

2. 60,000 orang penduduk yang kehilangan rumah kerana dibakar ditempatkan di 6 kem pelarian kelolaan agensi PBB yang terletak di luar Bandar.

3. Perintah berkurung dari jam 7.00 malam hingga 5.00 pagi di mana dalam tempoh ini semua penduduk (Rakhine dan Rohingya diwajibkan berada di rumah masing-masing.

4. Masyarakat Islam tidak dibenarkan keluar dari kawasan kampong walaupun di luar waktu perintah berkurung.

5. Masyarakat Rakhine bebas bergerak dan melakukan aktiviti harian di luar waktu perintah berkurung.

6. Keperluan utama penduduk di Aung Malar Ward ialah bekalan makanan kerana mereka tidak termasuk dalam World Food Program (WFP) PBB.

7. Keperluan utama penduduk di kem-kem pelarian ialah pembinaan semula rumah asas di lokasi asal mereka.

8. Secara keseluruhannya, mangsa-mangsa tragedy mengalami trauma dan gangguan psikologi kerana dinafikan hak-hak asasi mereka.

9. Selain daripada WFP, beberapa NGO antarabangsa dan tempatan telah dan sedang memberi bantuan dalam bentuk makanan, doctor sukarelawan, ubat-ubatan dan ambulans.

10. Pembunuhan, pembakaran dan perogolan tidak berlaku lagi kerana pihak tentera membuat kawalan secara 24 jam.

11. Masjid negari di Bandar Sittwe telah ditutup.

IKRAM mengajak badan-badan bantuan kemanusiaan dan hak asasi di seluruh dunia agar menyeru kepada kerajaan Myanmar supaya:

1. Mengembalikan dan mengiktiraf bangsa Rohingya sebagai warga negara penuh Myanmar.

2. Menghentikan pencabulan hak asasi ke atas bangsa Rohingya; seperti pendidikan, perubatan, beragama, keselamatan, perjalanan dan aktiviti ekonomi.

Keutamaan bantuan pada masa hadapan adalah dalam bentuk pembinaan rumah asas, perubatan, pembangunan ekonomi. Pendidikan awal kanak-kanak, kelas fardhu ain, program motivasi dan program khusus untuk kaum wanita.

Sumbangan untuk mangsa tragedy Arakan boleh dibuat melalui Tabung Kasih Ummah Rohingya IKRAM, Bank Islam Malaysia Berhad (Nombor Akaun 1211 3010 0401 82) atas nama “PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA”. Makluman lanjut boleh hubungi:

Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax: +603-8945 1772


Sekian, Wassalam.


Pengarah

Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa & Jawatankuasa Luar Negara

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Last modified on Friday, 07 September 2012

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!