wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 19 المحرّم 1441   |   Wednesday 18 September 2019

SERI KEMBANGAN -  Seramai 17 orang aktivis Kelab IKRAM Mesir telah menghadiri bengkel kemahiran media selama tiga hari anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Bengkel telah dirasmikan pada  5 September 2012 oleh Setiausaha Agung IKRAM, Haji Zaid Kamaruddin dalam satu majlis perasmian di Pejabat IKRAM di Taman Sungai Besi Indah di sini.

Turut hadir Ketua Editor Malaysia Harmoni dan Portal IKRAM, A Ralim M Yassen dan Perunding Sokongan Teknikal IKRAMedia, Abdul Aziz Nordin.

Dalam ucapannya, Haji Zaid cuba membawakan kepada peserta bengkel tentang kepentingan media aktif yang perlu diaplikasikan dalam medium dakwah hari ini. “Deeds speak louder than words,” katanya mengambil ungkapan pepatah Inggeris.

Jelas beliau lagi, anak muda yang bergiat aktif dalam bidang ini perlu diterapkan etika dan prinsip asas yang profesional dalam memberi informasi yang tepat kepada masyarakat, khususnya dalam kalangan generasi baru. Tujuannya adalah supaya masyarakat dapat membuat penilaian terhadap sesuatu isu semasa terutama berkaitan umat Islam dan secara tidak langsung dapat melebar luas jaringan dakwah dan tarbiah ke seantero dunia.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa dunia media ini perlu teguh dan selari dengan ajaran al-Quran dalam melaporkan kebaikan dan aib manusia. Secara konklusinya, ucapan beliau jelas menggambarkan cabaran media IKRAM untuk menjadi agensi media berita yang benar-benar adil dan seimbang seperti mana gambaran Islam.

Majlis Perasmian diteruskan dengan Taklimat daripada Penyelaras Bengkel, Prof Madya Mohamad Saidy Ismail. Bengkel anjuran Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM (IKRAMedia) ini juga telah beberapa kali dianjurkan sebelum ini untuk para pelajar yang pulang bercuti dari United Kingdom, Ireland dan Russia.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini menggariskan objektif membantu para pelajar luar negara bagi menggerakkan aktiviti media masing-masing demi menjayakan agenda dakwah dan tarbiah Islam. Antara slot menarik yang dimuatkan dalam bengkel ini adalah slot pengendalian fotografi, laman web dan video-making’ yang disampaikan oleh individu berpengalaman, antaranya Abdul Aziz Nordin, Abdullah Mujahid Hasanuddin, Haji Jamali Sepihie, Zulkarnain Jamaluddin dan lain-lain.

Para peserta bengkel yang terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan perubatan dan pengajian Islam ini akan kembali ke Mesir pada waktu terdekat untuk meneruskan pengajian sesi 2012/2013.

Last modified on Wednesday, 05 September 2012

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!