wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019


Banjir mula melanda. Menurut Info Bencana JKM, sehingga jam 4.30 petang tadi, kira-kira 14,704 orang mangsa daripada 4,740 buah keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad telah menzahirkan keprihatinan dengan fenomena ini dengan melancarkan Tabung Persediaan Banjir anjuran Yayasan Ikram Malaysia semasa persidangan Dewan Perwakilan Nasional (DPN) semalam.

Turut menyaksikan pelancaran tersebut, Pengerusi Yayasan Ikram Malaysia, Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Hj Kamsani Nasir, banjir sudah menjadi fenomena yang lumrah terjadi di Malaysia saban tahun.

"Tanpa pembaikpulihan yang efektif bagi mengelakkan fenomena ini, saya membayangkan usaha jangka pendek dan jangka panjang perlu dibuat oleh pihak terbabit melibatkan agensi kerajaan pusat dan negeri seperti perparitan yang lebih baik dan pendalaman sungai.”

"Usaha ini tidak mudah tetapi perlu berterusan agar kadar kemusnahan dan bilangan mangsa banjir dapat dikurangkan," jelasnya.

Katanya, Yayasan Ikram Malaysia melalui pasukan khidmat masyarakatnya, i-Bantu telah berpengalaman lebih 10 tahun memberi sokongan dan membantu mangsa banjir dengan kerjasama agensi kerajaan dan NGO-NGO lain.

"Setiap kali berlaku bencana besar, kita lihat semangat kesukarelawanan dan tolong-menolong dalam kalangan rakyat Malaysia umumnya sangat tinggi dan inilah antaranya faktor yang menyatukan kita," tambahnya.

Ditanya tentang persediaan, katanya lagi, yayasan itu sentiasa bersiap siaga setiap kali musim tengkujuh hampir tiba.

"Jika keadaan semakin teruk, kita akan buka bilik gerakan operasi untuk kita selaraskan saluran bantuan di kawasan yang terkesan dengan banjir," ujarnya.

Jelasnya lagi, antara tugas bilik gerakan operasi ialah mengenal pasti bentuk bantuan, membekalkan bantuan, memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada mangsa dan menggembleng tenaga aktivis bantuan di seluruh negara untuk menyantuni mangsa mengikut keperluan setempat.

“Mengikut pengalaman kami, kadangkala bantuan selepas banjir sangat diperlukan seperti pembersihan lumpur banjir di bangunan awam dan rumah mangsa serta membaiki dan membina yang terjejas atau musnah.

"Setakat ini, kita terlibat aktif membantu dalam aspek pembersihan pascabanjir dan berjaya membina beberapa buah rumah baru untuk mangsa banjir di Kelantan.”

Tentang kutipan sumbangan, menurut Kamsani, jumlah kutipan setakat ini sangat menggalakkan sejak tabung untuk projek Prihatin Bencana dibuka sejak awal bulan lalu.

"Sumbangan orang ramai akan disalurkan dalam bentuk bantuan keperluan asas mangsa, keperluan semasa mangsa dan bantuan kemanusiaan."

Untuk sumbangan atas talian, layari https://www.i-bantu.org.my/reg/ dan (pilih > Prihatin BENCANA) atau melakukan pemindahan terus ke akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank 562142404402).

Sila maklumkan pembayaran melalui 011-60501137 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungan pejabat di talian 03-41012080.

Last modified on Tuesday, 03 December 2019
More in this category: « Mencari agama tersalah pintu

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!